Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Status masih jadi tanda tanya

Wartawan Sinar Harian II 08 Jun 2014
 
   

 

KUALA SELANGOR - Meskipun status sijil penyiapan dan pematuhan (CCC) Kompleks Pendaratan Ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) masih menjadi tanda tanya, namun LKIM memberi jaminan bangunan itu dapat digunakan dalam masa terdekat.

Pengerusi LKIM, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, jaminan itu dibuat sebaik sahaja perbincangan dengan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan di pejabatnya pada Jumaat lalu memberi respons memberangsangkan.

Menurutnya, MDKS bersedia untuk membantu memudahcarakan prosedur permohonan kelulusan CCC memandangkan konsultan sudahpun mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) pada dua minggu lalu.

                                                          Irmohizam (duduk, dua, kiri) mencuba urutan disediakan usahawan sempena karnival di SMK Kuala Selangor, semalam.

“Meskipun ada beberapa pembaikan yang perlu dilaksanakan konsultan, namun saya percaya bangunan kompleks itu dapat digunakan dan beroperasi seperti yang diharapkan nelayan di kawasan ini.

“Pertemuan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Kuala Selangor baru-baru ini turut membangkitkan isu sama supaya kerajaan negeri dapat membantu menyegerakan status CCC dan sijil layak menduduki (CF) itu,” katanya ketika diminta status terkini Kompleks LKIM itu.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor itu menjelaskan, sudah menjadi harapan dan hasrat Sultan Selangor yang mahu Kuala Selangor dimajukan dan menjadi pusat pelancongan.

“Bahkan saya yakin dan percaya, pembukaan bangunan kompleks itu nanti mampu jadi pusat pengumpulan ikan segar sekali gus menjadikan Pasir Penambang, Kuala Selangor sebagai Pusat Ikan Segar Negeri Selangor.

“Sudah menjadi hasrat LKIM supaya dapat memanfaatkan bangunan jeti yang cukup gah di tepi Sungai Selangor ini dengan lebih baik termasuk mempromosikan hasil nelayan dengan lebih meluas.

“LKIM juga turut melaksanakan ‘Jihad Memerangi Orang Tengah Dalam Sub-Sektor Perikanan’ demi membela nasib nelayan sekali gus membolehkan mereka menikmati pendapatan yang lebih tinggi.

“Kita tidak mahu mereka terus tertindas dan melalui projek pemasaran ikan yang menjadi salah satu kaedah jihad memerangi orang tengah melalui jualan terus hasil nelayan seperti yang ingin dilaksanakan di daerah ini.

“Selain itu, isu ketirisan dan penyeludupan diesel dapat dibendung,” katanya selepas merasmikan Karnival Usahawan Membara 2014 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Selangor, semalam.

  

Kemaskini pada 2014-06-10 11:49:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page