Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : 'Saya menggigil ketakutan'

Wartawan Sinar Harian II 01 Jun 2014
 
   

 

KUALA SELANGOR - Gara-gara perselisihan faham, seorang wanita berdepan detik menakutkan apabila ditikam dan dipukul menggunakan parang pendek di hadapan sebuah surau di daerah ini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, wanita terbabit dipercayai seorang diri di hadapan surau berkenaan sebelum didatangi seorang lelaki sambil memegang parang memanggil nama wanita terbabit.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia berada di dalam surau sebelum terkejut mendengar bunyi bising seperti orang bertengkar lalu bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku.

“Sebelum kejadian, saya terdengar bunyi hon daripada kereta lelaki terbabit di hadapan surau sebelum berpatah balik. Tapi tak lama selepas itu lelaki itu datang semula secara mengejut sambil membawa parang pendek.

“Saya keluar sebaik saja dengar suara makcik itu menjerit minta tolong sambil tangannya menekap kain di perut, saya menggigil ketakutan sebelum tercari-cari telefon bimbit untuk menghubungi kawan.

“Tak lama selepas itu, kami bawa makcik ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan lanjut bagaimanapun terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya yang menceritakan detik cemas itu kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad menjelaskan, pihaknya mengesahkan menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian terbabit dan bergegas ke lokasi.

“Hasil siasatan awal mendapati, insiden terbabit berlaku selepas pertengkaran di antara mangsa dengan seorang lelaki berusia 46 tahun yang menetap di dalam kampung sama.

“Pihak polis berjaya menahan lelaki terbabit sejurus tiba di lokasi bersama senjata yang dipercayai digunakan menikam wanita itu manakala mangsa dibawa ke hospital berikutan mengalami kecederaan teruk di kepala dan perut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang guna senjata,” katanya.

  

Kemaskini pada 2014-06-10 10:52:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page