Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Program pemeriksaan kesihatan percuma, inisiatif bantu golongan OKU

Wartawan Selangor Kini II 08 Mei 2014
 
   

 

SHAH ALAM, 8 MEI : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan program pemeriksaan kesihatan, informasi dan khidmat nasihat khusus bagi memberi pendedahan terhadap kepentingan kesihatan kepada masyarakat terutama golongan kurang berkemampuan.

Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad, berkata program yang dianjurkan itu antara lain menawarkan khidmat kesihatan percuma kepada mereka berpendapatan rendah dan sukar mendapatkan khidmat nasihat kesihatan yang ditawarkan di pusat perubatan.

Katanya, orang ramai yang berkunjung turut berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan percuma seperti pemeriksaan mata, gigi dan darah, ujian kardiovaskular, ultra sound, bekam serta akupuntur.

                    MBSA-Shahrin Ahmad     periksa kesihatan 02

“Melalui program pemeriksaan kesihatan ini, 500 peserta terawal berpeluang untuk mendapat bekalan vitaman secara percuma.

“Selain itu, program ini juga membabitkan aktiviti kaunter khidmat nasihat pemakanan seimbang dan kaunter pendaftaran derma organ,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Program itu berjaya menarik kunjungan lebih 400 penduduk sekitar selain turut dihadiri Timbalan Datuk Bandar MBSA, Mohtar Hani yang diadakan di Dewan Beringin MBSA, Seksyen 24, pada 4 Mei lalu.

Shahrin berkata, program pemeriksaan kesihatan yang dilaksanakan itu adalah inisiatif MBSA melalui perkongsian pintar (smart partnership) bersama beberapa pihak lain.

“Antaranya, kita bekerjasama dengan Kelab Rotary Shah Alam dan Kelab Rotary Bukit Kiara Sunrise, Lion Group Medical Assistance Fund, KPJ Healthcare Berhad, Taipei TCM Medical Centre Sdn Bhd dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 8.

“Program ini ternyata memberi manfaat bagi kepentingan masyarakat dan pada masa sama membantu MBSA meningkatkan kesedaran dan kualiti kesihatan penduduk Shah Alam,” katanya.

  

Kemaskini pada 2014-05-09 09:11:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page