Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Masih dalam proses penelitian

Wartawan Sinar Harian II 04 Mei 2014
 
   

 

KUALA SELANGOR - Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor (PTDKS) masih menyemak dan meneliti senarai nama penduduk yang memohon pemilikan tanah di penempatan komuniti India di Sungai Yu.

Pegawai Daerah Kuala Selangor, Suliman Abd Rahman berkata, pihaknya masih meneliti permohonan terbabit dan menyaring pemohon disebabkan senarai yang diterima agak mengelirukan.

                                                      Masih dalam proses penelitian

Menurutnya, pihaknya perlu menyelidik lebih mendalam berikutan wujudnya senarai nama berbeza sehingga ada dikatakan penama bukannya penduduk yang betul-betul duduk di kawasan itu.

“Saya menerima senarai nama berbeza daripada individu yang menghantar permohonan pemilikan tanah untuk tapak kediaman. Difahamkan, Adun Permatang juga mempunyai senarai penduduk memohon tanah yang sama. Saya tak mahu berlaku pertindihan tapak sehingga menidakkan hak penduduk yang betul-betul duduk di kawasan itu.

Kita kena selidik perkara ini betul-betul sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya ketika diminta mengulas isu permohonan pemberimilikan tapak kediaman kepada penduduk India di Kampung Sungai Yu yang dibangkitkan pemimpin peringkat kampung dalam sesi perjumpaan di Balai Penghulu Mukim Permatang.

Dalam Program Turun Padang Mukim Permatang itu, Suliman turut berpeluang meninjau projek pertanian dan penternakan di Kampung Ujong Permatang yang dihadiri Penghulu Mukim Permatang, Faidzullah Abd Ghani.

Sementara itu, Adun Permatang, Sulaiman Abd Razak menjelaskan, pihaknya sedia maklum masalah penempatan yang dibangkitkan komuniti India di kawasan yang di bawah pentadbirannya.

Namun menurutnya, senarai yang hendak diberikan kepada pentadbir tanah perlu diteliti u dan jika memerlukan bancian buat kali kedua, pihaknya akan berbuat demikian.

“Sebab saya memang nak pastikan penduduk yang betul-betul duduk di kawasan itu saja menerima tapak rumah. Bukannya anak atau cucu yang duduk tempat lain tapi mahu tapak rumah juga.

“Kalau itu berlaku, memang susahlah. Sebab kita nak bantu mereka dapat tapak sekurang-kurang satu keluarga satu tapak seperti sedia ada tapi timbul pula nama bukan penduduk tersenarai dalam senarai nama itu. Ini juga menimbulkan tidak puas hati penduduk setempat. Isu tanah bukan berlaku di Kampung Sungai Yu tapi kampung berhampiran seperti Sungai Terap, Pasir Penambang dan Sungai Gulang-Gulang juga tak ketinggalan sama.

“Tak mahu masalah berlarutan, saya akan adakan sesi perjumpaan dengan penduduk di kampung terlibat untuk mendekati mereka pada minggu depan," katanya.

  

Kemaskini pada 2014-05-09 08:50:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page