Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Manfaatkan air hujan, tukar corak penggunaan air lebih jimat

Wartawan Selangor Kini II 24 April 2014
 
 

 

KUALA KUBU BHARU 24 APRIL : Pengguna perlu menukar bijak dan berhemah dalam cara penggunaan air dengan mendapatkan bekalannya daripada sumber lain bagi dengan tidak bergantung kepada bekalan air paip sahaja.

Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, berkata pengguna patut memanfaatkan air hujan dengan menadahnya agar sumber air itu tidak terbuang begitu dan dapat digunakan sebaiknya.

                          hujan1     Empangan

“Bila hujan kita tidak menadahnya, mungkin kini kita perlu menggunakan cara baru untuk simpanan air,” kata Kee Hiong.

“Kita perlu mengamalkan cara ini untuk menampung kekurangan yang berlaku serta menunggu projek Hybrid off River Augmentation System (Horas) siap sepenuhnya,” katanya.

Kerajaan Negeri akan melaksanakan Horas bagi mengatasi masalah kekurangan air di Selangor yang dijangkan siap sepenuhnya pada Julai tahun depan.

Kolam takungan di kawasan Bestari Jaya itu mampu menampung kapasiti air sejumlah 600 juta liter sehari (JLH) yang kemudiannya dipamkan ke loji rawatan air berhampiran.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, kempen kesedaran perlu digerakkan supaya orang ramai sebagai pengguna tahu dan bijak menjimatkan air.

Katanya, ia kerana kegiatan penggunaan air tidak berlaku banyak perubahan biarpun selepas catuan air berakhir.

Sebelum ini, rombongan Adun terdiri dari Bee Yin, Adun Kampung Tunku, Lu Weng San; Adun Bukit Gasing, R Rajiv diketuai Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong mengadakan lawatan di Empangan Sungai Selangor di sini bagi meninjau perkembangan di situ.

Dilaporkan bacaan air dicatatkan di empangan itu adalah pada paras 38 peratus dan ia kurang daripada sasaran ditetapkan Kerajaan Negeri iaitu melepasi 39 hingga 43 peratus.

Bee Yin berkata, empangan Sungai Selangor adalah penting selain Sungai Tinggi kerana ia menyumbang 60 peratus keperluan air di Selangor.

“Kita berharap Kerajaan akan berusaha lebih gigih untuk melindungi kualiti air di sungai bagi perancangan jangka panjang,” katanya.

  

Kemaskini pada 2014-04-25 08:47:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page