Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Tidur di dewan makan, surau

Wartawan Sinar Harian II 24 April 2014
 
 

 

TANJONG KARANG - Gara-gara kemudahan yang tidak mencukupi, ruang dewan makan dan surau dibahagikan menjadi tempar tidur, menelaah pelajaran serta tempat berehat bagi penghuni Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Sabak Bernam Selangor (Paysa) di Parit Empat, di sini.

Difahamkan, pembinaan bangunan asrama bagi penghuni perempuan dan lelaki sehingga kini masih belum dapat dilaksanakan berikutan kekangan modal dan dana yang hanya diperoleh melalui sumbangan.

Sebelum ini, Pengurus Paysanya, Fadilatul Saadiah Siraj menjelaskan, pelbagai usaha dilaksanakan Allahyarham suaminya untuk mendapatkan dana tambahan bagi  pembinaan asrama lima bilik termasuk menerima batu bata terpakai yang masih elok hasil sumbangan individu prihatin.

Menurutnya, atas dasar minat, tanggungjawab dan prihatin dengan nasib anak yatim mendorong Allahyarham suaminya tekad merancang sekali gus menubuhkan pertubuhan ini di atas tanah miliknya bagi membantu merubah hidup golongan kurang bernasib baik.

“Tanah yang masih kosong sudah diperuntukkan untuk membina asrama memandangkan kemudahan lain seperti dewan makan dan surau sudah ada meskipun tidak sempurna, namun kami bersyukur dengan segala yang ada yang juga hasil bantuan orang ramai dan agensi berkaitan.

“Saya memohon keprihatinan orang ramai, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat supaya dapat tampil membantu penghuni di sini,” katanya.

Orang ramai yang prihatin boleh menghubungi  Fadilatul Saadiah di talian 0194103479 untuk membantu penghuni Paysa yang terdiri dari anak yatim dan miskin.

  

Kemaskini pada 2014-04-25 08:40:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page