Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Uniknya Jawa Kuala Selangor

Wartawan Sinar Harian II 07 April 2014
 
 

 

TANJONG KARANG - Sudah menjadi amalan bagi masyarakat Jawa di daerah ini terutamanya di Kampung Sungai Gulang-Gulang untuk ‘rewang’ ketika tradisi munjung ketupat setiap kali menjelang musim perayaan tak kira Syawal ataupun sambutan Merdeka sekali gus menyemarakkan semangat Selangorian yang mempunyai pelbagai budaya dan keistimewaan tersendiri.

Hampir setiap tahun 4,000 ketupat akan dianyam bersama sebelum dimasak secara rewang untuk tempoh dua hari. Mereka bersengkang mata untuk siapkan juadah.

                    Uniknya Jawa Kuala Selangor   Uniknya Jawa Kuala Selangor

Lebih menarik, segala penyediaan bahan mentah adalah hasil sumbangan penduduk sendiri dan semangat bekerjasama yang tinggi menjadikan amalan tradisi itu sentiasa dinanti.

Orang kuat kampung itu, Mohd Zamri Kahar berkata, aktiviti rewang itu pastinya memecahkan tradisi kampung itu apabila berjaya menganyam lebih 3,000 ketupat yang dilaksanakan di rumah-rumah setiap kali sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Merdekaraya. 

“Mungkin tahun ini aktiviti sama akan dilaksanakan di pekarangan rumah ketua kampung yang baru bagaimanapun masih dalam perbincangan memandangkan permintaan tinggi daripada penduduk.

“Dua tahun sebelum ini, aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan berdasarkan konsep sedekah 100 peratus bagi memberi ruang dan peluang kepada semua penduduk beramal jariah melalui sumbangan bahan mentah, kewangan serta tenaga kerja.

“Apa yang menarik, semua hidangan dimasak bersama-sama selama tiga hari melibatkan golongan muda bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Sungai Gulang-Gulang, Kelab Kebajikan Kampung Sungai Gulang-Gulang dan agensi berkaitan.

“Usaha ini juga dapat memberi peluang kepada penduduk terutamanya belia dan remaja merasai serta mengembalikan suasana semangat kejiranan kampung melalui tradisi rewang yang kian dilupakan,” katanya.

Beliau yang juga bekas Pengarah Biro Tatanegara Selangor berkata, pelbagai juadah masakan Jawa dan Melayu dimasak bersama sekali gus memupuk semangat kejiranan dan silaturahim antara penduduk tanpa mengira usia dan perbezaan fahaman politik.

“Bahkan kita dapat bantu nasib penduduk yang kurang berkemampuan dan ibu tunggal apabila mereka diraikan bersama dalam aktiviti yang diadakan di rumah  milik Tulus Kasiman dan Husain Mungin.

“Selalunya aktiviti kemasyarakatan ini bukannya sekadar rewang saja tapi kita selitkan sekali dengan penajaan 100 nama penduduk kurang berkemampuan untuk memiliki akaun Tabung Haji.

“Selain itu, kita juga beri peluang kepada pelajar kolej yang sudi untuk menyertai aktiviti rewang ini dan belajar cara menganyam ketupat dengan betul sebab sekarang ini kebanyakan mereka hanya beli saja.

“Saya pun risau kemahiran menganyam ketupat hanya diwarisi golongan veteran saja dan jika tidak diajari, mungkin golongan muda akan kehilangan satu-satunya kemahiran amalan tradisi makanan Melayu,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Nor Hajar Amrin berkata, sudah menjadi satu kebiasaan masyarakat Jawa di kampung ini untuk mengadakan aktiviti kenduri kampung melibatkan semua.

“Saya pun seronok apabila budaya rewang ini diamalkan kerana mungkin di kampung, semangat kejiranan itu agak kuat berbanding di kawasan bandar,” katanya.

   

Kemaskini pada 2014-04-11 14:56:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page