Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : MB: Penjadualan air tamat selepas paras empangan lebih 55 peratus

Wartawan Selangor Kini II 02 April 2014
 
 

 

SHAH ALAM 2 APRIL : Program penjadualan air di Selangor hanya akan ditamatkan selepas paras air di semua empangan di negeri ini melebihi 55 peratus, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata Kerajaan Negeri akan mengambil langkah konservatif bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi meskipun hujan lebat turun di beberapa kawasan.

                                                           MB

“Walaupun ada hujan tetapi saya nak air bertambah di empangan, maka saya menetapkan sasaran setiap empangan mesti lebih 55 peratus kerana ada empangan paras airnya berada di bawah 40 peratus.

“Saya berharap apabila ia sampai ke tahap lebih 55 peratus, maka program pencatuan itu akan ditamatkan,” katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata penjadualan air juga tidak mungkin berlanjutan sehingga penghujung April kerana hujan sudah mulai turun.

Pengagihan air berjadual peringkat keempat di Lembah Klang yang bermula Jumaat ini akan membabitkan 620,237 pintu rumah di sembilan wilayah.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Ismail Kasim berkata sembilan wilayah terbabit ialah Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Penjadualan air seluruh selangor Peringkat keempat ini yang akan dilaksana sehingga 30 April membabitkan 6.7 juta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

Katanya kaedah pengagihan dikekalkan iaitu setiap zon menerima bekalan air selama dua hari diikuti dengan dua hari catuan.

Beliau berkata agihan berjadual itu berikutan paras air di empangan utama di Selangor masih rendah kerana kadar hujan yang turun di kawasan tadahan sejak 16 Mac lepas adalah sedikit.

 

Kemaskini pada 2014-04-04 10:25:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page