Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Rumah usang berubah wajah

Wartawan Sinar Harian II 24 Mac 2014
 
 

 

KUALA SELANGOR - Siapa sangka, rumah didiami lebih 50 tahun yang sebelum ini agak usang kini berubah wajah apabila peruntukan sebanyak RM10,000 diluluskan bagi membaik pulih 11 rumah nelayan sungai di daerah ini.

Nelayan, Manap Jaafar, 75, berkata, dia sekeluarga tidak menyangka menerima pembiayaan Projek Perumahan Nelayan Darat yang dikelolakan Jabatan Perikanan Malaysia.

                                                       Rumah usang berubah wajah

Menurutnya, dia gembira apabila rumah yang diduduki lebih 50 tahun dapat dibaiki dengan sempurna melalui peruntukan yang diberikan sekali gus menjadi hadiah buat mereka sekeluarga.

"Lagipun pak cik kurang sihat, tak mampu bina rumah lebih elok untuk isteri dan anak. Pak cik bersyukur bila ada pihak prihatin nasib keluarga kami di sini.

"Kalau nak harapkan kudrat sendiri untuk kumpul duit nak baiki rumah, entah bila baru cukup," katanya.

Manap berkata, isteri dan anak tunggalnya terharu apabila rumah mereka berubah wajah.

"Pak cik hanya cari duit dengan tangkap ikan di sungai guna sampan. Ia juga bergantung pada hasil jualan yang kadang-kadang tak menentu ikut musim.

"Tapi alhamdulillah hasil jualan dapat tampung hidup kami anak beranak dan isteri juga ternak ayam di belakang rumah untuk tambah duit," katanya ketika ditemui di rumahnya sempena Projek Perumahan Nelayan Darat di Kampung Sungai Darah.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Operasi) Malaysia, Mohamad Shaupi Derahman dan Adun Bukit Melawati, Jakiran Jacomah.

Mohamad Shaupi dalam ucapannya berkata, sebanyak RM15 juta diperuntukkan kepada nelayan sungai apabila masing-masing menerima RM10,000 untuk kos baik pulih rumah.

Menurutnya, setakat ini projek baik pulih rumah nelayan sungai turut memberi manfaat kepada hampir 2,000 nelayan sungai seluruh negara dan diteruskan setiap tahun bergantung kepada peruntukan.

“Di Selangor saja, Jabatan Perikanan Malaysia sudah meluluskan 11 permohonan melibatkan lima nelayan di Kuala Selangor, tiga nelayan di Tanjong Karang manakala tiga lagi di Hulu Selangor dengan peruntukan hampir RM100,000.

“Program ini berbeza dengan peruntukan perumahan yang dikelolakan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang lebih kepada nelayan pantai dan laut dalam, malah projek perumahan nelayan darat adalah yang pertama kali dilancarkan di bawah
pemantauan Jabatan Perikanan sendiri,” katanya.

Sementara itu, Jakiran berkata, pihaknya berharap nasib nelayan sungai di daerah ini dapat dibela sebaik mungkin oleh agensi kerajaan yang berkaitan termasuk pemuliharaan sungai.

“Kita berharap pihak Jabatan Perikanan atau pihak berkaitan bekerjasama dengan nelayan tempatan memulihara kawasan sungai.

“Ada baiknya jabatan berkenaan menambah sumber ikan dengan membuat pelepasan benih ikan di lokasi sesuai dalam usaha memastikan hasil terus berkekalan terutamanya di daerah ini,” katanya.

  

Kemaskini pada 2014-03-24 16:01:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page