Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : UNISEL : Image East beri peluang pelajar ketengah bakat

Wartawan Selangor Kini II 21 Mac 2014
 
 

 

SHAH ALAM, 21 MAC: Universiti Selangor (UNISEL) sekali lagi menjadi perintis kepada pusat pengajian tinggi lain dalam meningkatkan kreativiti dan kemahiran pelajarnya.

Dekan Fakulti Komunikasi dan Media, Professor Azmuddin Ibrahim, berkata UNISEL kini mempunyai agensi pengiklanan dan perhubungan awam, Image East yang dikendalikan sendiri pelajar fakultinya.

Katanya, sehingga kini agensi yang mula beroperasi pada September 2012 itu berjaya mendapatkan hasil pengiklanan mencecah lebih setengah juta.

                                      IMG_1490      IMG_1285

“Saya percaya inisiatif ini adalah kali pertama wujud di kalangan universiti dan pusat pengajian tempatan di negara ini.

“Antara lain, kita mereka sendiri iklan produk UNISEL yang dipaparkan di lebuh raya, LCCT Sepang dan sebagainya,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri temubual khas dalam rancangan Salam Selangorku dengan tajuk ‘Kenali Fakulti Komunikasi dan Media UNISEL’.

Mengulas lanjut perkembangan Image East, beliau berkata, mereka kini dalam usaha mendapatkan pelanggan luar daripada universiti itu.

“Setakat ini, kini memang kendalikan pelanggan daripada UNISEL sahaja tetapi dengan bakat dan pengalaman pelajar, kita yakin untuk melangkah menarik pelanggan luar pula. Ini satu lagi pencapaian yang begitu membanggakan,” katanya.

Selain pengiklanan, Image East turut menyediakan perkhidmatan lain seperti rekaan grafik, pengurusan acara, kajian dan penerbitan, videografi, fotografi dan multimedia.

Sesiapa yang berminat mendapatkan khidmat Image East boleh datang terus ke pejabatnya di Aras 2, Jalan Zirkon A7/A, Seksyen 7 Shah Alam atau boleh menghubungi talian di 03 5522 3532.

  

Kemaskini pada 2014-03-21 17:05:40 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page