Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : 1,595 petani dapat habuan

Wartawan Sinar Harian II 21 Mac 2014
 
 

 

KUALA SELANGOR - Sebanyak RM1.9 juta diperuntukan bagi geran projek pembangunan Jabatan Pertanian Daerah Kuala Selangor melibatkan 1,595 petani di Parlimen Kuala Selangor dan Tanjong Karang pada tahun ini.

Peruntukan projek pertanian dengan keluasan 2,281.58 hektar itu yang diluluskan kerajaan negeri ternyata memberi kemudahan sekali gus meringankan beban rakyat yang hanya bergantung sepenuhnya dengan pendapatan bertani.

                                                        1,595 petani dapat habuan

Pengusaha tanaman sireh, S Paranthaman, 50, berkata, bantuan geran ternyata membantu petani untuk mengembangkan lagi projek pertanian yang diusahakan seluas dua hektar di Parit Empat, Sungai Burong.

“Sebelum ini, projek tanaman yang saya usahakan turut mendapat bantuan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar yang sentiasa beri sokongan kepada petani tempatan.

“Kali ini kerajaan negeri pula bantu, saya cukup gembira kerana bantuan diberikan berbentuk peralatan pertanian dapat meringankan beban selain duit yang ada boleh digunakan untuk tujuan lain,” katanya.

Petani, Lim Seong Gee, 58, berterima kasih kepada kerajaan negeri melalui Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor yang sudi meluluskan permohonannya sebelum ini.

Menurutnya, dia dan rakan-rakan sudah banyak kali memohon bantuan baja, ubat dan racun serangga kerana kos beli semua input pertanian itu semakin hari semakin meningkat.

“Saya gembira apabila usaha berbuahkan hasil. Mungkin ramai tak mohon sebab tak tahu nak jumpa siapa dan prosedur. Jadi mereka perlu rajin-rajin datang pejabat pertanian untuk dapatkan maklumat.

“Memang agak leceh tapi berbaloi. Ini bantuan kali kedua saya dapat selepas mengusahakan projek tanaman sayuran sejak lebih 30 tahun di tanah yang ditumpang,” katanya.

Bagi Ibrahim Massan, 51, dia yang sudah mengusahakan projek tanaman sayuran sejak 12 tahun lalu turut tidak ketinggalan menerima bantuan geran seperti itu setiap tahun.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu golongan petani tempatan dan kalau boleh, kerajaan negeri prihatin dengan masalah kekangan tanah untuk projek pertanian.

“Saya buntu apabila projek tanah yang diusahakan di Agro Teknologi Bestari Jaya akan dimajukan untuk projek Horas 600 dan kalau boleh, ada gantian tanah lain untuk membantu petani,” katanya.

Majlis Hari Bertemu Pelanggan dan Penyampaian Geran Pembangunan Projek Pertanian 2014 Jabatan Pertanian Daerah Kuala Selangor dirasmikan wakil Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Negeri Selangor yang juga Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib.

  

Kemaskini pada 2014-03-21 16:59:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page