Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Program Mini Malaysia-Japan Festival 2014

Wartawan Selangor Kini II 12 Mac 2014
 
 

 

SHAH ALAM 12 MAC : Sempena program Bandar Persahabatan MPSJ dan Hioki, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menganjurkan Program Mini Malaysia-Japan Festival 2014 In Subang Jaya, pada 15 Mac ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perancangan Korporat, program ini adalah salah satu kaedah untuk ‘mengantarabangsakan’ MPSJ kerana daripada segi jangka panjang, selain menyumbang kepada pembangunan inovasi yang lebih baik dan kompetitif.

Katanya, program yang disasarkan kepada komuniti Subang Jaya serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta itu juga mampu membantu mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang lebih positif.

                      DSC_9750     DSC_9717

“Objektif penganjuran program ini adalah untuk mengetengahkan budaya masyarakat Malaysia dan Jepun di mana pelbagai aktiviti serta acara berkonsepkan kekeluargaan dirancang untuk pengunjung yang hadir.

“Program ini juga boleh dijadikan landasan untuk pihak pengurusan MPSJ bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman berkenaan budaya dan keunikan tradisi negara masing-masing,” katanya.

Program Mini Malaysia-Japan Festival 2014 In Subang Jaya akan diadakan di Kompleks 3C MPSJ, Jalan PJS 11/2, Taman Bandar Sunway, Petaling Jaya bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Antara aktiviti menarik yang boleh dikunjungi seperti gerai jualan, Pameran Biomass dan Inisiatif Hijau, Pameran Gambar-gambar Jepun, Kelas Bahasa Jepun Komuniti, Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri Malaysia-Jepun, Pertunjukan Tarian Kebudayaan dan Muzik Malaysia-Jepun.

Idea pelaksanaan program ‘Friendship City’ antara MPSJ-Bandar Hioki ini timbul hasil hubungan baik yang terjalin dengan pihak pengurusan Bandar Hioki sejak tahun 1998 diikuti perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani keduanya pada 2012.

Selain program Mini Malaysia-Japan Festival 2014 In Subang Jaya, kedua-dua pihak juga bersetuju bekerjasama dalam perkongsian bestari bagi hal seperti kebudayaan, pendidikan, ekonomi, pelancongan dan sukan.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program dan sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Nurfazian Kasim atau Nor Najihah Sukor di talian 03-80263125 atau 4465 atau 012-3350006.

  

Kemaskini pada 2016-10-12 15:48:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page