Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Terharu dikunjungi Adun

Wartawan Sinar Harian II 12 Mac 2014
 
 

 

KUALA SELANGOR - Tidak dapat bekerja selepas terlibat dalam  kemalangan menyebabkan hidup bekas pekerja ladang serba kekurangan dan terpaksa bergantung pendapatan anak perempuannya.

P Periasamy, 61, yang terlibat dalam kemalangan apabila keretanya berlanggar dengan sebuah lori pada 28 Ogos tahun lalu menyebabkan dia kurang upaya (OKU) dan terpaksa dipapah untuk bergerak memandangkan tiada kemudahan kerusi roda.

Menurutnya, sebelum ini hasil upah sebagai pengait kelapa sawit di sebuah ladang boleh menampung kos sara hidup keluarga, namun selepas musibah menimpa dirinya menyebabkan nasibnya berubah.

                                                                     Terharu dikunjungi Adun

“Sekarang saya tidak boleh bekerja seperti biasa manakala isteri hanya seorang suri rumah. Jadi sekarang saya bergantung kepada anak perempuan yang bekerja untuk menyara hidup kami.

“Saya tak minta jadi begini tapi apakan daya sudah nasib. Kalaulah bebanan hidup kami dapat diringankan seperti bantuan bulanan, saya cukup mengharapkannya.

“Sebab kadang-kadang kasihan melihat anak perempuan terpaksa menanggung semuanya,” katanya terharu ketika dikunjungi Adun Bukit Melawati, Jakiran Jacomah di rumahnya di Taman Bendahara.
Hadir sama,  Ketua PPP Cawangan Bandar Baru Kuala Selangor, A Joseph dan Ketua MIC Cawangan Kuala Selangor Utara, A Moorthy.

Jakiran berkata, pihaknya bersama pemimpin komuniti India akan cuba bantu untuk mendapatkan bantuan daripada jabatan berkaitan supaya bebanan yang ditanggung dapat dikurangkan.

“Saya juga turut menyumbangkan kemudahan kerusi roda memandangkan penduduk malang itu tidak dapat bergerak dan memerlukan bantuan untuk dipapah sekiranya mahu ke mana-mana.

“Selain kerusi roda, saya juga menyampaikan surat kelulusan Kad OKU Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada Periasamy supaya dia dapat menikmati keistimewaan yang disediakan jabatan kerajaan kepada golongan OKU,” katanya.

  

Kemaskini pada 2014-03-12 15:02:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page