Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Penstrukturan Semula Air Selangor, Kerajaan Pusat guna WSIA

Wartawan Selangor Kini II 12 Mac 2014
 
 

 

SHAH ALAM, 12 MAC : Kerajaan Pusat akhirnya bersetuju menguatkuasakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) dalam menjayakan program penyusunan semula industri air Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan pusat juga akan menggunakan kuasanya mengikut WSIA dan akta, undang-undang atau peraturan yang terpakai untuk membantu Selangor melaksanakan cadangan pengambilalihan industri perkhidmatan air.

“Kerajaan pusat dan kerajaan negeri juga bersedia mengambil langkah perlu selaras dengan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani sebelum ini.

                         Abdul Khalid   MB MOU

“Ini bagi memastikan perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya lebih mampan dan berdaya maju,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), malam tadi.

Semalam, Abdul Khalid menghadiri perbincangan lanjut bersama Menteri KeTTHA, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berhubung penstrukturan semula industri air Selangor.

Dalam pertemuan itu, Maximus mengulangi komitmen beliau untuk membantu memudahkan kerajaan negeri mengambilalih perkhidmatan air daripada empat syarikat konsesi seperti yang dipersetujui MoU.

Pada 26 Februari lalu, syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran rasmi berjumlah RM9.65 bilion untuk membeli ekuiti empat syarikat konsesi air iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) and Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS).

Tempoh tawaran yang berakhir pada jam 5 petang semalam bagaimanapun hanya menyaksikan ABBAS sebagai konsesi tunggal yang menerima tawaran itu sementara tiga syarikat konsesi lain iaitu SYABAS, Puncak Niaga dan SPLASH dianggap menolak tawaran berkenaan.

  

Kemaskini pada 2014-03-12 14:56:40 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page