Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : MB : Masyarakat Selangor disaran contohi budaya Jepun dalam aspek kebersihan

Wartawan Selangor Kini II 09 Mac 2014
 
 

 

KAJANG, 9 MAC : Masyarakat di Selangor disaran untuk meningkatkan penjagaan kebersihan di sekitar kawasan kediaman bagi mengelakkan penularan wabak demam denggi daripada terus meningkat di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata adalah menjadi tanggungjawab semua pihak tanpa mengira latar belakang untuk menjaga kebersihan dan meletakkannya sebagai amalan utama.

Beliau berkata, Selangor perlu mencontohi masyarakat Jepun yang mempunyai tahap kebersihan sangat tinggi bukan sahaja di kawasan kediaman, bahkan tempat awam seperti taman permainan.

“Bersih bagi orang Jepun adalah satu budaya dan menjadi tanggungjawab masyarakat untuk menjaga kebersihan tanpa perlu diajar.

“Kalau tempat itu tidak bersih seperti ada air bertakung, maka ia akan memberi peluang kepada Aedes untuk bertelur dan membiak seterusnya menyebabkan demam denggi merebak,” katanya ketika berucap pada Program Kajang Jom Bersih di Padang Taman Jenaris, di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi dan Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Abdul Khalid berkata, program gotong-royong yang dianjurkan kerajaan negeri adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan pentingnya menjaga kebesihan bagi mencegah pelbagai wabak penyakit.

                  DSC_5386    DSC_5211

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan peniaga supaya memastikan premis perniagaan mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih untuk keselesaan pengguna.

“Bersih itu baik untuk semua terutama daripada segi kesihatan, justeru program hari ini adalah untuk mengingatkan kita apa kepentingan dan manfaat yang mampu diperoleh dengan menjaga kebersihan,” katanya.

Sehingga kini, 1,097 kes denggi dilaporkan di Kajang dengan tiga kematian dilaporkan.

Kerajaan negeri turut melancarkan program kitar semula minyak masak, selain menyerahkan insentif perkahwinan kepada pasangan belia yang baru berkahwin di kawasan itu.

 

Kemaskini pada 2014-03-11 15:14:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page