Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : MB mahu percepat semua proses Program MES

Wartawan Selangor Kini II 08 Mac 2014
 
 

 

KAJANG, 8 MAC : Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan Kerajaan Selangor akan mempercepatkan segala proses membabitkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan menambah peruntukan bagi menjayakan lagi program MES dan ia bakal diberikan keutamaan kepada kepada usahawan wanita untuk meluaskan perniagaan mereka.

                               IMG_4792           asmiliha bte salmu

“Prinsip yang penting bagi kita adalah ketelusan, bertanggungjawab dan tadbir urus yang baik.” katanya ketika Majlis Penyampaian Program MES dan Sukan Bersama Rakyat, di sini, semalam

Beliau turut menyampaikan bantuan kepada 18 penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE), lima penerima pembiayaan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MIMBAR) dan Hadiah Anak Masuk Universiti serta dua penerima Skimsel.

Penerima OKU, Rosman Md Said, berkata dia amat bersyukur apabila mendapat bantuan daripada SMUE dan kerajaan negeri kerana sebelum ini tidak pernah mendapat sebarang bantuan.

Penerima MIMBAR peringkat kedua, Asmiliha Salmu, juga berpendapat program itu sangat baik dan bagus untuk wanita sepertinya tanpa perlu membuat pinjaman bank yang mengenakan kadar faedah yang tinggi.

Abdul Khalid sempat bermesra bersama penduduk dan majlis itu turut dihadiri Exco Wanita dan Kebajikan, Rodziah Ismail dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman serta hampir 1,000 penduduk kampung Desa Sri Jenaris

 

Kemaskini pada 2014-03-11 15:09:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page