Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : MB : Program Pemberian Insentif Bas Sekolah, bantu kurang beban ibu bapa

Wartawan Selangor Kini II 07 Mac 2014
 
 

 

KAJANG, 7 MAC : Kerajaan negeri melancarkan Program Pemberian Insentif Bas Sekolah kepada anak kampung seluruh Selangor, di sini, hari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan daerah Hulu Langat dipilih sebagai projek perintis bagi program berkenaan.

Beliau berkata, setiap pelajar yang layak akan menerima RM20 sebulan yang diberi secara tunai kepada ibu bapa atau waris terdekat dan proses pemberian itu akan dikendalikan Pejabat Daerah Hulu Langat.

             Abdul Khalid   naik bas1

Katanya, pemberian itu dilaksanakan ekoran kesedaran berkenaan peningkatan kos sara hidup kebelakangan ini.

“Saya berharap pemberian insentif bas sekolah ini akan dapat membantu meringankan beban ibu bapa di kampung.

“Jika dalam satu rumah mempunyai tiga orang pelajar maka mereka layak mendapat insentif ini,” katanya selepas melancarkan program insentif itu di Dewan Orang Ramai, Taman Mesra, di sini.

Abdul Khalid berkata, hasil semakan dan tinjauan daripada pejabat daerah di semua peringkat kampung mendapati 4,500 orang anak kampung yang menaiki bas sekolah.

“Ketua kampung diberi tugasan untuk memberi nama semua anak ini ke pejabat daerah untuk menerima insentif.

“Kita berharap pemberian ini dapat meringankan beban ibu bapa di kawasan kampung yang kebanyakannya berpendapatan rendah dan tidak tetap.

“Kita juga akan memperluaskan dua program ini iaitu insentif bas sekolah dan program kemahiran belia ke semua daerah secara berperingkat supaya rakyat Selangor yang layak dapat berkongsi kekayaan negeri selaras dasar Hasil Negeri Untuk Rakyat,” katanya.

 

Kemaskini pada 2014-03-11 15:03:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page