Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : MB - Rakyat diminta jimat penggunaan air

Wartawan Selangor Kini II 10 Mac 2014
 
 

 

KAJANG, 10 MAC : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan rakyat supaya menjimatkan penggunaan air berikutan musim kemarau yang melanda di beberapa kawasan.

Beliau berkata rakyat perlu berhemat menggunakan air kerana hujan dijangka hanya akan turun dalam tempoh dua minggu lagi atau selewat-lewatnya April depan.

                                                                                   air-syabas_MBa

Katanya program penjadualan air yang dilaksanakan kerajaan negeri juga adalah bagi mengekalkan jumlah air sedia ada di empangan negeri ini supaya ia dapat bertahan untuk tempoh dua bulan akan datang seandainya musim panas terus berlarutan.

“Penduduk dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air di dalam tong supaya ia dapat digunakan sekiranya berlaku penjadualan air di kawasan kediaman masing-masing.

“Kita lakukan penjadualan air bukan kerana tiada air tetapi kita risau kalau empangan betul-betul tiada air kerana musim panas yang berterusan,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Kemudahan Komuniti Pangsapuri Makmur di Bandar Baru Saujana, di sini.

Terdahulu, kerajaan Selangor melaksanakan program penjadualan air secara bergilir di seluruh negeri bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Februari lepas.

Melalui program itu, kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya.                                         

 

Kemaskini pada 2014-03-11 14:27:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page