Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Nafi kedai sewa beri masalah

Wartawan Sinar Harian II 05 Mac 2014
 
 


TANJONG KARANG
- Pertikaian dua unit kedai kos rendah yang dibangkitkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sebelum ini yang didakwa menimbulkan rungutan penduduk setempat terjawab apabila penyewa terbabit tampil membuat pendedahan kepada Sinar Harian, semalam.


Pengurus kedai, Rosli Abd Jalil, 40, berkata, pihaknya menafikan kerja baik pulih kedai yang dilaksanakan sebelum ini menimbulkan gangguan kepada penduduk setempat.

Menurutnya, perkara itu disahkan sendiri pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama agensi berkaitan yang tampil membuat lawatan sebaik sahaja laporan berita mengenai kedai itu disiarkan.

“Mereka sendiri mengesahkan kedai yang saya uruskan itu tak menimbulkan masalah dan boleh beroperasi seperti biasa memandangkan penyewa masih aktif membayar sewa bulanan.

“Bagaimanapun, saya kesal perkara ini berlaku sehingga menyusahkan banyak pihak. Namun saya berharap ia tak berlaku lagi demi kesejahteraan penduduk di sini,” katanya.

           Nafi kedai sewa beri masalah    Nafi kedai sewa beri masalah

Rosli berkata, kemungkinan kerja baik pulih unit kedai yang uzur sebelum ini menimbulkan tidak puas hati segelintir pihak memandangkan dijalankan sehingga malam bagaimanapun ia sudah selesai.

“Kerja baik pulih bangunan unit kedai itu amat penting sebab agak uzur dan membahayakan penyewa lain. Jadi saya mengambil pendekatan sendiri membaik pulih kedai terbabit dan menyimpan peralatan di premis itu buat sementara waktu.

“Mungkin ada yang tak berpuas hati. Namun, saya sudah pun merujuk kepada pihak berkenaan untuk penjelasan lanjut. Jadi, saya harap masalah ini selesai demi kebaikan semua penduduk,” katanya.

Sebelum ini, tindakan penyewa yang menjadikan unit kedai sebagai bengkel kimpalan di Kampung Bukit Belimbing, menimbulkan rungutan penduduk.

Sinar Harian difahamkan, unit kedai yang sebelum ini disewakan sebagai kedai menjual makanan dan minuman itu diubah menjadi bengkel oleh penyewa baru tanpa pengetahuan JKKK.

Ketua Kampung Bukit Belimbing, Samsudin Idris, 59, berkata, pihaknya tidak menafikan menerima aduan penduduk yang rata-ratanya terkejut apabila unit kedai kos rendah itu diubah menjadi bengkel kimpalan besi.

Menurutnya, walaupun difahamkan hanya beroperasi pada malam hari namun bunyi bising, berhabuk dan kotor menimbulkan rungutan penduduk.

“Saya lihat deretan kedai lima pintu itu sebelum ini dibuka untuk kedai ringan, namun selepas penyewa berganti keadaan turut berubah.

"Dua unit kedai yang sebelum ini kedai makan dijadikan bengkel kimpalan dan stor penyimpanan barang kontraktor sekali gus menimbulkan persoalan penduduk,” katanya.

 

Kemaskini pada 2014-03-11 13:42:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page