Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Agihan BR1M dari kampung ke kampung

Wartawan Sinar Harian II 04 Mac 2014
 
 


TANJONG KARANG - Giliran lebih 3,500 penduduk di Dun Sungai Burong untuk menikmati Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dilaksanakan di kampung-kampung sehingga 9 Mac ini.

Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata, agihan dari kampung ke kampung itu bagi memudahkan penerima yang tidak mempunyai kemudahan akaun bank untuk terus menikmati bantuan RM650 dan RM50 lagi berbentuk insurans.

Menurutnya, pihaknya akan melaksanakan saranan Ahli Parlimen, Datuk Seri Noh Omar yang mahu penduduk terutamanya golongan warga emas yang tak berupaya untuk berjalan jauh menerima di kampung masing-masing.

                                                             Mohd Shamsudin Lias

“Pelaksanaan agihan BR1M 3.0 sudah dimulakan dan seperti di Dun Sungai Burong, kita akan buat sesi dua kali sehari kerana tak mahu penduduk kampung menunggu lama.

“Lagipun, saya akan dibantu dengan jentera parti yang sudah bekerja bertungkus lumus bersama dan kakitangan bank bagi melancarkan proses agihan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Shamsudin juga tidak menafikan ada menerima rungutan orang ramai berhubung penerimaan jumlah BR1M 3.0 melalui akaun bank dikatakan tak mencukupi RM650 seperti yang dijanjikan.

“Saya dimaklumkan mengenai rungutan itu melalui laman sosial facebook bagaimanapun saya berpendapatan, jika benar jumlah yang diterima tak mencukupi lebih baik mengunjungi kaunter Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri berhampiran.

“Pastinya timbul keraguan dalam kalangan mereka tetapi lebih baik mereka mendapatkan pengesahan daripada pihak yang bertanggungjawab tanpa mendengar kata-kata fitnah segelintir pihak.

“Rujuk kepada pihak yang lebih bertanggungjawab..itu lebih baik. Saya juga harap penduduk di Dun Sungai Burong yang mempunyai akaun bank tidak berdepan dengan masalah sama,” katanya.

Sebelum ini, saranan sama turut dibangkitkan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan beliau menjelaskan, penerima bantuan BR1M ini berbeza-beza mengikut kategori yang ditetapkan seperti mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 akan menerima RM650 termasuk lagi RM50 berbentuk insurans.

Menurutnya, bagi yang berpendapatan RM4,000 kebawah pula layak menerima RM450 manakala bagi golongan bujang yang berpendapatan RM2,000 pula berhak menerima RM300.

“Mungkin ada di antara mereka masih tidak faham mengenai agihan BR1M mengikut kategori sebab masing-masing menerima jumlah yang berbeza namun saya kesal isu ini diputarbelitkan segelintir pihak.

“Sama juga tuduhan yang mengatakan kerajaan persekutuan gagal menunaikan janji untuk beri BR1M sebanyak RM1,200 sebelum ini namun saya percaya ini adalah tindakan pihak lawan yang tergugat apabila kita membuat pendekatan terus kepada rakyat.

“Saya ingin menasihatkan kepada mereka yang berdepan masalah seperti bantuan BR1M tak masuk akaun, boleh terus berhubung dengan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri berhampiran untuk rujukan,” katanya.

  

Kemaskini pada 2014-03-11 13:39:26 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page