Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Selangor wujud kurikulum pengurusan pembangunan berstrata

Wartawan Selangor Kini  II  03 Mac 2014
 
 

 

KAJANG, 3 MAC : Kerajaan Selangor akan menyediakan satu kurikulum khusus untuk membimbing badan pengurusan pembangunan berstrata ke arah mengurus dan mentadbir pembangunan mereka dengan lebih baik serta berkesan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata kurikulum yang dinamakan Format Kurikulum Pembangunan Berstrata (Fokus) itu akan disediakan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).

“Dijangkakan kurikulum ini akan disiapkan dalam masa tiga bulan dan selepas itu Pesuruhjaya Bangunan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menganjurkan kursus kepada Badan Pengurusan Bangunan (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) berdasarkan kurikulum ini.

                                                  YB Iskandar 1

“PBT ini akan menganjurkan kursus dan latihan sekurang-kurangnya dua kali setahun di kawasan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media dalam Perhimpunan Perdana JMB/MC dan Anugerah Komuniti Bestari ‘K-Star’ Pangsapuri Negeri Selangor 2013, semalam.

Iskandar berkata, beliau berharap kurikulum bersepadu itu akan dapat memastikan pembangunan berstrata seperti pangsapuri dan kondominium dapat diuruskan dengan lebih profesional serta mengurangkan perselisihan pandangan serta perbezaan pantafsiran di kalangan Pesuruhjaya Bangunan, JMB juga MC.

Katanya, selain akta berkenaan pengurusan bangunan starata, kurikulum itu juga akan meliputi tajuk seperti pentadbiran organisasi, pengurusan kewangan dan perhubungan awam.

 

Kemaskini pada 2014-03-05 18:56:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page