Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : OKU menderita sakit kulit kronik

Wartawan Sinar Harian  II  01 Mac 2014
 
 

 

KUALA SELANGOR - Tidak mampu menanggung kos rawatan ke hospital, seorang penduduk kategori orang kurang upaya (OKU) terpaksa menanggung sakit kulit di kaki kirinya sehingga tak mampu bekerja seperti biasa.

Hidup menumpang di rumah kakaknya yang juga mengalami sakit kulit yang teruk, Mohd Jamil Saleh, 56, memohon keprihatinan pemimpin setempat untuk membantu membiayai kos rawatan dan bantuan bulanan.

                                                              OKU menderita sakit kulit kronik

Menurutnya, dia yang sebelum ini bekerja di estet bagaimanapun tidak dapat bekerja seperti biasa sejak enam tahun lalu gara-gara kakinya yang mengalami sakit kulit.

“Kulit mengelupas sehingga menampakkan isi, pedih dan sakit menyebabkan saya sukar untuk bekerja selain tiada duit untuk ulang alik ke hospital mahupun klinik berhampiran.

“Lagipun saya tiada kenderaan untuk pergi mendapatkan rawatan pakar. Begitu juga dengan kakak saya tapi keadaan kaki dia lebih teruk,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu kakaknya, Kamariah Kassim, 58, berkata, pada mulanya dia hanya digigit nyamuk kemudian kaki kirinya luka teruk sehingga kulit mengelupas sebelum merebak ke tempat lain.

Menurutnya, dia pernah ke klinik dan hospital untuk mendapatkan rawatan, namun difahamkan penyakit kulit itu tidak dapat disahkan dan terpaksa mendapatkan rawatan di tempat lain.

"Pada mulanya saya kerap ke hospital tapi lama kelamaan duit pun tak cukup nak pergi ulang alik ke sana sebab duit yang ada pun nak guna untuk beli keperluan harian.

"Syukur kalau ada pihak nak bantu sebab selama ini saya tak pernah dapat bantuan seperti biaya perubatan dan terpaksa tanggung sakit terutamanya ketika solat," katanya.

Sementara itu, Pembantu Hal Ehwal Khas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Bukit Melawati, Nor Azhar Jamil berkata, pihaknya menerima aduan masalah kedua beradik dan terus berkunjung ke rumahnya.

“Saya pun bersimpati dengan nasib yang ditanggung kedua beradik itu dan berusaha untuk membantu mereka mendapatkan rawatan di hospital pakar kulit di ibu kota bagi mengelakkan luka semakin teruk.

“Bagi permohonan bantuan bulanan, saya akan cuba berbincang dengan pihak berkaitan untuk membantu memandangkan Mohd Jamil tidak lagi dapat bekerja seperti biasa,” katanya.

 

Kemaskini pada 2014-03-05 18:41:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page