Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Exco - Penstrukturan air bantu selesaikan masalah air di pangsapuri

Wartawan Selangor Kini II 27 Februari 2014
 
 

 

SHAH ALAM 27 FEB: Banyak masalah yang melibatkan bekalan air dapat diselesaikan apabila Kerajaan Selangor berjaya mengambil alih empat konsesi air.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata penstrukturan air ini akan menyelesaikan banyak masalah melibatkan bekalan air di pangsapuri di Selangor.

                                                                         Air MB1    

“Apabila industri tersebut diuruskan sendiri oleh Kerajaan Negeri maka kerajaan boleh membuat keputusan-keputusan yang secara langsung dapat menyelesaikan banyak masalah rakyat.

“Contohnya dalam usaha untuk memastikan penduduk pangsapuri mendapat air percuma dengan melakukan migrasi dari meter pukal kepada meter individu, Kerajaan Negeri terpaksa berunding dengan Syabas agar syarat-syarat migrasi ini dapat permudahkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Iskandar berkata sebelum penstrukturan ini, syarat-syarat seperti peratus persetujuan penduduk yang tinggi menghalang kelulusan banyak permohonan migrasi.

Kerajaan Negeri terpaksa menunggu kelulusan pengurusan Syabas sekiranya terdapat permohonan di mana peratus persetujuan ini diturunkan serta terdapat juga syarat-syarat lain yang sering menghalang atau melambatkan proses migrasi.

 

“Proses ini akan dapat dipermudah dan dipercepatkan setelah industri air ini diurus sendiri oleh syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri,” jelasnya.

 

Kemaskini pada 2014-02-27 13:46:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page