Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Sebak keadaan rumah uzur

Wartawan Sinar Harian II 24 Februari 2014
 
 


KUALA SELANGOR - Sebak melihat rumah pusaka semakin hari semakin uzur, seorang warga emas memohon jasa baik pemimpin setempat untuk bantuan baik pulih rumah kerana tidak berkemampuan.

Lamiayah Kuntharo, 77, yang menetap di Jalan Kampung Baru Batu 8, Kampung Asahan bersama anak dan menantunya itu tidak mempunyai wang yang cukup untuk baik pulih rumah memandangkan anaknya hanya bekerja sebagai pemandu teksi.

        
                                          Sebak keadaan rumah uzur

Menantunya, Afidah Ahmad, 44, yang menderita barah payudara itu berkata, dia dan suaminya menetap di rumah pusaka itu untuk menjaga ibunya yang tidak sihat dan memerlukan jagaan rapi.

Menurutnya, suami hanya bergantung hasil pendapatan sebagai pemandu teksi manakala dia tidak dapat bekerja kerana menjaga ibunya dan anak yang masih sekolah.

“Saya ada lima anak yang masih sekolah manakala yang sulung kini melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.

Banyak duit nak guna sebab saya pun kena pergi rawatan susulan di Hospital Selayang.

“Walaupun, diri tak sihat tapi saya kuatkan hati dan semangat sebab mengenangkan ibu serta anak-anak yang perlu dijaga,” katanya sebak ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya.

Afidah berkata, pendapatan yang diperoleh suami hanya cukup-cukup untuk membiayai keperluan harian dan anak yang masih bersekolah memandangkan dia hanya suri rumah sepenuh masa. Rumah pusaka yang sudah berusia lebih 30 tahun itu mengalami kerosakan bumbung dan dinding akibat anai-anai. Kadang-kadang dirosakkan monyet liar.

Bila bumbung bocor, kami terpaksa tidur dalam tempias hujan.

“Sebab itu saya mohon sangat- sangat bantuan baik pulih rumah sebab tak sanggup lagi tengok rumah yang semakin hari semakin uzur. Saya pun mahu lihat ibu hidup dalam rumah yang selesa. Kalau boleh, permohonan yang dibuat dapat respons positif sebab bila angin kuat, rumah ini akan bergoyang kerana kedudukan tidak stabil dan menyebabkan tidur kami tidak pernah lena,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian di rumah pengadu mendapati, dinding rumah sudah reput manakala keluarga itu banyak menghabiskan masa di ruang dapur memandangkan ruang tamu agak uzur.

Pembantu Hal Ehwal Khas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Bukit Melawati, Nor Azhar Jamil yang turut sama mengunjungi rumah itu memberi jaminan permohonan keluarga itu akan dibuat dengan kadar segera.

“Saya tidak nafikan keluarga ini tidak berkemampuan untuk membaik pulih rumah yang didiami dan PKM akan panjangkan permohonan kepada pihak berkaitan seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“PKM berusaha untuk membantu keluarga yang memerlukan bantuan kerana difahamkan, masih ramai penduduk terutamanya ibu tunggal keciciran menerima bantuan yang sepatutnya,” katanya.

 

Kemaskini pada 2014-02-27 13:36:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page