Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Air laut makin hitam

Wartawan Sinar Harian II 15 Februari 2014
 
 


KUALA SELANGOR - Laut hitam dan berbau busuk masih membelenggu nelayan dan penternak kerang di perairan Sungai Buloh di sini sehingga kini meskipun masalah itu sudah banyak kali dibangkitkan dalam media.

Keadaan menjadi lebih teruk sejak dua minggu lalu apabila lebih 50 penternak kerang dan lebih 100 nelayan sampan berdepan masalah mencari nafkah akibat pencemaran laut dari hulu sungai di kampung Nelayan Sungai Buloh, Jeram semakin teruk.

        
Air laut makin hitam    Air laut makin hitam

Seorang nelayan, Omar Bakir Buntal, 58, kesal apabila masalah pencemaran di kawasan perairan itu berulang dan kali ini keadaan air sungai agak teruk.

Menurutnya, masalah ini seolah-olah tiada kesudahan meskipun sudah banyak kali dibangkitkan kepada pihak berkenaan sehingga memberi kesan dan menjejaskan periuk nasi nelayan tempatan.

“Saya yang sudah 40 tahun jadi nelayan di kawasan ini pun kecewa dengan masalah pencemaran yang tak pernah selesai sebab bila aduan diajukan dan ada pegawai atau kakitangan agensi berkaitan datang untuk periksa tahap pencemaran air, air sungai yang mengalir ‘bersih’ secara tiba-tiba.

“Namun selang beberapa hari kemudian, air bertukar hitam dan bau busuk sampai nelayan dan penternak kerang bengang,” katanya yang mendakwa masalah berlanjutan sejak 2011 lagi.

Omar berkata, tiada tindakan susulan bagi menangani masalah ini walaupun satu perbincangan khas dibuat antara penduduk kampung bersama pihak Jabatan Alam Sekitar (Jas), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Indah Water Konsortium (IWK) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada Julai 2012 lalu.

“Selepas mesyuarat itu diadakan, seolah-olah ada pihak tertentu yang tutup punca pencemaran itu dan air laut kembali jernih dan tidak berkeladak sehingga menimbulkan kehairanan.

“Namun tak lama selepas itu air kembali kotor dan berbau busuk,” katanya yang tidak menolak kemungkinan pencemaran sungai itu berpunca dari kebun kelapa sawit atau kawasan perindustrian yang membuang sisa kotoran ke sungai.

Tidak ada kuasa

Omar berkata, nelayan dan penternak kerang tidak mempunyai kuasa menangani masalah ini dan hanya mampu mengadu sahaja kepada agensi kerajaan yang lebih berkuasa.

“Kami tak ada kuasa untuk bertindak sendiri dan bimbang keselamatan kami sebagai nelayan walaupun ada beberapa penduduk yang bertindak memantau hingga ke hulu sungai dan mendapati ada kawasan pembuangan sisa kumbahan yang disalurkan ke kawasan sungai.

“Air sungai yang tercemar turut mengundang risiko sakit gatal-gatal jika terkena anggota badan dan badan akan berbau busuk.

“Saya pun sedih sebab dulu kawasan ini sering jadi tumpuan kaki pancing dan bolehlah nelayan nak sewakan sampan untuk tambah pendapatan sampingan, tapi kini keadaan sudah berubah.

“Kaki pancing mula berubah port bila tengok air kotor dan jijik nak habiskan hobi hujung minggu di kawasan tercemar, tapi nelayan di sini tiada pilihan lain dan terpaksa pergi jauh untuk cari hasil laut,” katanya.

Jejas hasil ternakan kerang

Penternak kerang, Jamaluddin Mohd Isa, 44, menjelaskan, pencemaran itu turut menjejaskan kawasan ternakan kerang yang terletak lebih enam kilometer dari hulu sungai sehingga saiz kerang semakin kecil.

“Mungkin akibat pencemaran itu, kerang tak boleh hidup dengan sempurna dan pembesaran agak terbantut. Keadaan itu menjejaskan pendapatan pemilik ternakan kerang yang bergantung dengan hasil itu.

“Kalau dulu hasil tangkapan kerang boleh cecah 50 guni sehari tapi sekarang ini tak cecah 20 guni pun.

“Saya pun risau fikirkan nasib keluarga selepas ini kerana tengok sendiri betapa kotornya air laut yang dibawa dari hulu sungai dan sudah tentu pembesaran ikan ataupun kerang akan terbantut jika kawasan perairan ini tidak dipelihara segera,” katanya.

Jamaluddin berkata, sudah menjadi harapan nelayan dan penternak kerang supaya masalah ini mendapat penyelesaian konkrit.

“Kami hanya mahu mereka lihat masalah yang kami hadapi sekarang ini dan selesaikan masalah pencemaran yang tiada kesudahan. Sebab nak ke laut pun susah nak cari ikan,” katanya yang turut mengalami kerugian.

Jabatan Perikanan buat kajian

Sementara itu, Penolong Pegawai Perikanan Bahagian Akuakultur Pejabat Perikanan Selangor, Mohd Asfarizal Mohd Masmok berkata, pihaknya sedia maklum dengan aduan yang dibangkitkan nelayan dan penternak kerang di perairan itu.

“Bagaimanapun, Jabatan Perikanan mempunyai unit bio sekuriti yang membuat kajian mengenai sampel kerang yang diternak di kawasan ini dan ia dibuat setiap dua kali setahun bagi memantau beberapa aspek.

“Tujuan pemantauan dilakukan adalah khusus untuk memastikan proses ternakan kerang di kawasan yang didakwa tercemar sama ada masih selamat sebagai sumber makanan kepada pengguna.

“Secara dasarnya, kita tidak menolak kadar penurunan hasil kerang dari 2012 hingga sekarang dan pihak kami masih lagi menjalankan siasatan,” katanya.

 

Kemaskini pada 2014-02-27 13:24:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page