Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Sekolah panas, tak selesa

Wartawan Sinar Harian II 14 Februari 2014
 
 


TANJONG KARANG - Panas dan tidak selesa. Begitulah keadaan bilik mesyuarat dan pusat sumber Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Haron yang sering membuatkan pelajar dan guru tidak selesa melakukan aktiviti mesyuarat dan menelaah pelajaran.

Pengetua SMK Dato Haron, Marpuaton Sastero berkata, dua kemudahan itu sering mendapat rungutan apabila tidak dapat menggunakannya dalam keadaan selesa sekali gus mendorong pihaknya memohon peruntukan kepada pemimpin setempat.

                                                      
Sekolah panas, tak selesa

Menurutnya, pencapaian keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) menunjukkan meningkatkan yang memberangsangkan sekali gus membuatkan pihaknya mahukan yang terbaik untuk warga sekolah itu.

Menurutnya, sudah pasti warga sekolah mahu bilik mesyuarat dan pusat sumber sekolah itu dilengkapi pendingin hawa bagi memberi keselesaan kepada warga sekolah.

“Selain itu, pihak sekolah juga memohon kepada Ahli Parlimen, Datuk Seri Noh Omar supaya dapat menyumbangkan dana untuk membeli kelengkapan kerusi yang terhad untuk kegunaan sekolah.

“Selalunya pihak sekolah terpaksa menyewa kerusi dari luar untuk aktiviti seperti mesyuarat dengan modal yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan dan Perasmian Sudut Parlimen di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Haron, semalam.

Permohonan itu menerima res-pons positif Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor apabila peruntukan berjumlah RM175,000 diluluskan untuk sekolah itu.

Peruntukan meliputi kerja baik pulih pusat sumber, bilik mesyuarat, dana untuk kelab guru dan yuran PIBG mengikut jumlah kehadiran ibu bapa menggembirakan warga sekolah dan ibu bapa yang
hadir.

Noh menjelaskan, sudah menjadi keutamaan pihaknya memberi keselesaan anak penduduk dan warga sekolah untuk menjalani sesi pembelajaran setiap hari demi mencapai kecemerlangan setiap tahun.

“Saya difahamkan sekolah ini berjaya mencapai peratusan peningkatan keputusan cemerlang dari 61 peratus kepada 67 peratus selain berjaya melahirkan lapan pelajar yang meraih keputusan cemerlang 9A dan 8A berbanding dua sahaja pada tahun terdahulu.

“Sejak dulu lagi, saya memang lebihkan pendidikan anak bangsa Parlimen Tanjong Karang kerana dengan hanya pendidikan, mereka mampu merubah nasib keluarga mereka untuk lebih berjaya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Mahmud Karim dalam ucapannya berkata, sokongan ibu bapa penting dalam membantu pihak sekolah mencorakkan masa depan anak mereka untuk lebih berjaya selepas tamat sekolah nanti.

“Saya percaya dan yakin mereka mampu berjaya dalam bidang kemahiran dan keusahawanan,” katanya.

 

Kemaskini pada 2014-02-27 13:18:42 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page