Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Ibu selamatkan lima anak

Wartawan Sinar Harian  II  05 Februari 2014
 
 

 

TANJONG KARANG - Panik melihat percikan api di bahagian dapur, seorang ibu bergegas membawa keluar lima anaknya untuk menyelamatkan diri sebelum api marak memusnahkan rumah sewa yang didiami mereka di Jalan SGG 5/3 Kampung Sungai Gulang-Gulang, malam kelmarin.

Sebelum kejadian kira-kira jam 1150 malam, mangsa, Mohd Asri Sirin, 36, yang ketika itu sedang berbual dengan rakan di kedai bersebelahan masjid terkejut menerima panggilan kecemasan daripada isterinya, Zulhaslin Salem, 36.

                                                        Ibu selamatkan lima anak


Menurutnya, dia terus bergegas pulang ke rumah untuk menyelamatkan isteri dan lima anaknya, Alif Najemi, 14, Arif Fahmi, 13, Azif Shami, 11, Nur Adriana Sofea, 9, dan Miftahul Az Zahra, 2.

“Sebaik saja tiba rumah yang tak jauh dari kedai, saya lega lihat isteri dan anak-anak sudah berada di luar rumah manakala rumah kayu itu musnah sekelip mata.

“Dua motosikal, barangan elektrik, dokumen penting tidak sempat diselamatkan dan turut hangus dalam kebakaran,” katanya yang juga petani yang kini menetap sementara di rumah ibunya di Batu 7, Tanjong Karang.

Mohd Asri berkata, dia tidak menyangka musibah seperti ini menimpa keluarganya dan walaupun duduk menyewa, namun dianggarkan hampir RM150,000 kerugian terpaksa ditanggung.

“Bagaimanapun, saya bersyukur ahli keluarga selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, malah orang kampung pun ada bantu sikit-sikit seperti sumbangan baju atau barang dapur,” katanya.

Hadir sama melihat kawasan kebakaran, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Sungai Gulang-Gulang, Mohd Jamil Samuthi; Ketua Kampung Sungai Gulang-Gulang, Mohd Maskuri Mardzuki.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Musa Maksud berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada jam 11.59 malam dan tiba di lokasi pada jam 12.09 malam.

“Mungkin kerana panik, alamat yang diberikan pengadu tersilap menyebabkan jentera yang dinaiki ketua operasi bersama tujuh anggota lewat tiba ke lokasi dan operasi memadam kebakaran juga berdepan masalah kekurangan air.

“Parit di hadapan rumah mangsa kering manakala pili bomba yang paling hampir adalah jarak lebih kurang 100 meter.

Walau bagaimanapun katanya, api berjaya dipadamkan pada jam 1.30 pagi.

“Kira-kira jam 2 pagi, operasi ditamatkan manakala kita turut membuka pusat sehenti untuk membantu mangsa kebakaran mendapatkan borang tertentu bagi menyelesaikan dokumentasi yang hangus.

“Pihak bomba juga membantu mangsa kebakaran untuk memudahkan urusan ke peringkat seterusnya termasuk permohonan bantuan kepada agensi berkaitan,” katanya.

 

Kemaskini pada 2014-02-11 09:40:40 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page