Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Maut dirempuh lori

Wartawan Sinar Harian  II  27 Januari 2014
 
 


BESTARI JAYA
- Gara-gara masuk ke laluan bertentangan, seorang lelaki maut di KM 17.5 Jalan Tanjong Karang-Rawang berhampiran Ladang Bukit Talang, Raja Musa, tengah hari semalam.


Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa, G Gengan, 44, dari arah Kuala Selangor menghala ke Bestari Jaya meninggal dunia di tempat kejadian selepas berlanggar secara berdepan dengan sebuah lori.

                                                                  Maut dirempuh lori

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad menjelaskan, anggota polis trafik yang diketuai Inspektor Mohamad Elme Othman bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

“Mangsa yang beralamat di Jalan Hamzah Alang 29, Taman Intan, Kapar dipercayai menunggang motosikal seorang diri itu mengalami kecederaan parah di kepala.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan masuk ke laluan bertentangan secara tiba-tiba menyebabkan pemandu lori gagal mengelak dan melanggar mangsa," katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat manakala pemandu lori difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Kemaskini pada 2014-01-27 17:36:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page