Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Padah poligami tanpa kebenaran

Wartawan Sinar Harian  II  24 Januari 2014
 
 

KUALA SELANGOR - Seorang jurutera didenda RM950 oleh mahkamah rendah syariah di sini kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Mahamad Sobri Jaafar, 43, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu manakala pasangannya Faridah Hanum Anwar Laif, 41, mengaku bersalah kerana bersubahat berpoligami di Desa Tumpatan, Nibung Sumatera Utara, Indonesia pada 29 Disember 2011 lalu.

Faridah Hanum juga menerima hukuman sama.

Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Mahamad  Sobri dan pasangannya membayar denda berkenaan, dan boleh dipenjarakan jika gagal membayar denda itu.

Mahamad Sobri dan Faridah Hanum didakwa di bawah Seksyen 124 dan 134 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang boleh dihukum denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Merujuk fakta kes dibacakan Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli, kedua tertuduh bernikah di alamat sama pada jam lebih kurang jam 3 petang.

Ketika itu, tertuduh masih mempunyai isteri yang sah dan bernikah tanpa mendapatkan sebarang kebenaran dan membuat permohonan daripada mana-mana mahkamah syariah di negeri ini dan pendaftar nikah, cerai dan rujuk Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor.

Manakala dalam satu kes lagi, Mahidin Halip, 40, didenda RM1,000 oleh mahkamah sama bersama pasangannya, Yuwareeyah Salaeng, 39,  kerana berpoligami tanpa kebenaran dengan warga Thailand berkenaan.






 

Kemaskini pada 2014-01-27 17:32:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page