Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Projek Alam Mutiara: Bagi tempoh 6 bulan

Wartawan Sinar Harian  II  20 Januari 2014
 
 


KUALA SELANGOR - “Bagi tempoh enam bulan untuk kerajaan negeri selesaikan isu Projek Terbengkalai Alam Mutiara kerana masih dalam tindakan mahkamah,” demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada peneroka pada Sesi Dialog Peneroka Revolusi Hijau Alam Mutiara Peringkat 2 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Kuala Selangor, kelmarin.

Menurutnya, sudah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk membantu rakyat dan mengembalikan semula hak mereka kerana difahamkan, peneroka sudah menunggu terlalu lama lebih 13 tahun

                                                                 
                                                                
Projek Alam Mutiara: Bagi tempoh 6 bulan

“Kerajaan negeri komited membantu rakyat dan dapat dibuktikan dengan beberapa projek terbengkalai seperti di Bukit Botak, Selayang dan Alam Perdana, Puncak Alam yang sudahpun berjaya diselesaikan.

“Kita pun meminta peneroka supaya menyimpan dokumen berkaitan untuk bantu menguatkan kes ini dan mengenalpasti senarai nama peneroka yang betul-betul terlibat dalam projek pembangunan bercampur di Alam Mutiara itu,” katanya.

Mengulas lebih lanjut mengenai pampasan lewat siap yang dituntut peneroka, Abdul Khalid menjelaskan, pampasan itu seharusnya dituntut terhadap pemaju dan bukannya kerajaan negeri memandangkan ia menjadi salah satu
punca projek itu terus terbengkalai berikutan pemaju tiada duit.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri akan berusaha untuk selesaikan terlebih dahulu isu pengambilan semula tanah ini dalam tempoh enam bulan lagi supaya peneroka dapat menerima semula rumah yang diimpikan.

“Kita bukannya mahu mengambil hak rakyat tetapi mahu memulangkan semula kepada mereka dan kenakan tindakan tegas kepada pemaju yang gagal menyiapkan projek yang dijanjikan.

“Jika kerajaan negeri berjaya menang kes ini, kita akan hebahkan kepada rakyat supaya mereka tahu status terkini projek terbabit,” katanya ketika menjelaskan soalan yang dibangkitkan peneroka.

Nilai tanah ikut harga pasaran

Kebanyakan peneroka turut membangkitkan isu nilai tanah yang kini melambung tinggi berbanding harga yang ditawarkan pemaju sebelum ini dan masing-masing memohon kerajaan negeri menilai tanah terbabit mengikut harga pasaran.

Menjawab persoalan itu, Adun Pelabuhan Klang itu menjelaskan, peneroka perlu beri peluang kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan kes pengambilan tanah terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut dapat diambil.

“Ini kerana, sekiranya projek dapat disiapkan, barulah tanah dan rumah itu ada nilai tetapi jika masih terbengkalai, ianya tidak mempunyai nilai langsung meskipun tanah terletak di kawasan strategik.

“Bahkan, kita akan selesaikan isu Alam Mutiara secara berperingkat dengan dimulakan peringkat kedua terlebih dahulu sebelum tindakan penyelesaian diteruskan kepada peringkat ketiga.

“Saya difahamkan, ramai peneroka peringkat ketiga tertanya-tanya status mereka bagaimanapun kita perlu selesaikan satu persatu dulu sebab bagi peringkat kedua, kita perlu tempoh enam bulan lagi,” katanya.

Yakin dapat diselesaikan

Pegawai Daerah Kuala Selangor, Suliman Abd Rahman menjelaskan, pihaknya yakin masalah isu pengambilan tanah oleh kerajaan negeri dapat diselesaikan sepertimana dibuktikan beberapa projek terbengkalai di negeri ini.

“Pentadbir tanah juga berusaha membantu menyelesaikan isu ini dengan tindakan pengambilalihan tanah yang diambil selepas pemaju melanggari syarat nyata.

“Tindakan pertama dibuat iaitu permohonan pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(a) dan pengisytiharan Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi tujuan awam.

“Pentadbir tanah terpaksa menangguhkan proses siasatan apabila pemaju mendapatkan perintah penggantungan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui permohonan untuk semakan kehakiman.

“Bagi tindakan kedua, pelanggaran syarat kategori tanah Notis 7A- Notis Memulihkan Pelanggaran Syarat kerana tiada tanaman di atas tanah pertanian bagaimanapun ditangguh kerana mendapat perintah gantung daripada
Mahkamah Tinggi Shah Alam,” katanya.

 

Kemaskini pada 2014-01-20 13:03:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page