Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : ' Peruntukan dapat, tapi ditolak '

Wartawan Sinar Harian  II  9 Januari 2014
 
 


KUALA SELANGOR
- Struktur siling bumbung Masjid Ar Ridzuan Kampung Bestari Jaya yang usang dan sudah terlalu uzur akibat serangan anai-anai mengundang bahaya kepada kariah masjid terutamanya ketika sedang Solat Jumaat.


Lebih merisaukan, kedudukan siling yang melendung akibat bumbung bocor hanya ditampung dengan kayu yang mana keutuhan untuknya bertahan diragui lebih-lebih lagi ketika musim hujan dan angin kencang.


Bilal masjidnya, Misuan Suratman, 64, berkata, keadaan siling yang terlalu uzur menimbulkan kebimbangan kepada jawatankuasa masjid dan kariah kerana boleh runtuh pada bila-bila masa berikutan keadaan siling sudah reput.


Menurutnya, jawatankuasa masjid hanya menggunakan kayu sebagai penahan siling yang melendung kerana dana tidak mencukupi untuk membaikinya sekali gus menimbulkan persoalan kepada penduduk.


“Sebelum ini, saya difahamkan permohonan untuk bina semula masjid yang sudah berusia lebih 30 tahun itu tak diluluskan, cuma diberi peruntukan baik pulih masjid saja. Bagaimanapun, ia ditolak.


“Punca peruntukan itu ditolak mungkin atas alasan dana yang disalurkan tak memadai dengan keadaan masjid yang uzur. Selepas itu saya pun tak tahu status sebenar permohonan itu,” katanya

                                                                 'Peruntukan dapat, tapi ditolak'
                
Suasana jemaah suram

Misuan berkata, tindakan menolak peruntukan baik pulih tersebut disifatkan sebagai bukannya menjernihkan keadaan, bahkan menjadikan suasana jemaah masjid bertukar suram akibat berlaku percanggahan pendapat
berkaitan peruntukan terbabit.

“Ada sebahagian jawatankuasa mahu menerima peruntukan tersebut sebab keadaan bumbung dan siling sudah teruk. Tapi, bila mereka dapat tahu ia ditolak, mereka terkilan dan anggap tindakan itu tak wajar kerana dibuat tanpa berbincang dulu.


“Saya nak cakap pun susah sebab masing-masing lain pandangan dan pendapat. Tapi bagi saya, kalau tak dapat peruntukan bina semula tak kisahlah. Dapatkan peruntukan untuk baik pulih pun dah sangat bersyukur. Apa yang penting sekarang, siling dan bumbung perlu dibaiki dulu,” katanya.


Dapatkan Akhbar Sinar Harian hari ini untuk mengetahui laporan lanjut. 

 

Kemaskini pada 2014-01-13 13:45:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page