Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Warga India rentung ketika tidur

Wartawan Sinar Harian  II  10 Januari 2014

       KUALA SELANGOR - Seorang lelaki yang mengambil upah menjahit pakaian ditemui rentung apabila bilik sewa yang didiaminya terbakar dalam satu kejadian di Taman Rhu, di sini kira-kira jam 140 pagi, kelmarin.

Mangsa, A.Nagarajan, 53, seorang warganegara India ditemui maut di tempat kejadian dipercayai akibat terhidu asap tebal ketika tidur dan tidak sempat menyelamatkan diri.

Sinar Harian difahamkan, beberapa bilik di dalam kedai yang disewakan majikannya itu turut dihuni lima pekerja katering manakala mangsa mendiami sebuah bilik yang dipenuhi kelengkapan jahitan.

                                              Warga India rentung ketika tidur           Warga India rentung ketika tidur
                           
Dalam kejadian itu, pekerja katering berjaya menyelamatkan diri selepas menyedari api marak dipercayai berpunca daripada bilik yang dihuni mangsa sebelum menghubungi pihak bomba.

Ketua Komuniti India Assam Jawa/Bukit Rotan, Abboo Rajoo, 67, berkata, pihaknya terkejut apabila dimaklumkan kejadian terbabit dan terus bergegas ke lokasi selepas memaklumkan kepada pihak berkenaan.

“Saya terkejut apabila dapat tahu ada seorang maut. Lelaki itu (mangsa) difahamkan mengambil upah menjahit sebab majikannya juga mempunyai perniagaan katering. Jadi, mungkin pekerja katering pun tidur di kedai yang sama. Saya fikir tak teruk sebab satu bilik saja yang terbakar. Rupa-rupanya dalam bilik itu ada mangsa. Saya pun sedih bila ada yang terkorban dalam kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Penghulu Mukim Api-Api/Ijok, Husain Idris yang juga Pengerusi Bencana Mukim Api-Api/Ijok memberitahu belai bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turun padang melihat kejadian itu dan akan berbincang mengenai bentuk bantuan yang boleh disalurkan,” katanya.

Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Bukit Melawati turut hadir melihat keadaan kedai terbabit sebelum membuat laporan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, 12 anggota dan dua pegawai bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dan Bestari Jaya yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Kanan II
Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Mohd Miso Hambali bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang awam.

Jentera bomba pertama tiba pada jam 1.51 pagi. Kebakaran dapat dikawal pada jam 2.06 pagi meliputi 20 peratus kawasan yang terjejas di sebuah kedai kelas A yang berkeluasan 6x8 meter.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat. Punca kematian, akibat keracunan gas karbon monoksida daripada peti ais yang terbakar , difahamkan tiada unsur jenayah.
       

Kemaskini pada 2014-01-13 13:40:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page