Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Mental Arithmatic Sebagai Pemangkin Pembelajaran Matematik


 

    

MENTAL ARITHMATIC SEBAGAI PEMANGKIN PEMBELAJARAN MATEMATIK

 

image

Ijok-17 Jan, Seramai 100 orang pelajar sekolah rendah terpilih untuk menyertai program pembelajaran mental arithmetic yang akan dimulakan pada awal Februari tahun ini telah hadir mendengar majlis taklimat bersama UC MAS Education di Dewan Sri Harmoni, Simpang Tiga Ijok. Takllimat yang diadakan bersama kehadiran ibu bapa pelajar serta guru sekolah yang terlibat dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Pegawai Daerah Haji Mohd Misri Bin Haji Idris. Program perintis ini dimulakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok dan akan diperluaskan ke seluruh Negeri Selangor.

 

 

Para ibu bapa juga telah ditunjukkan demonstrasi keberkesanan mental arithmetic dalam penyelesaian masalah matematik dengan pantas oleh Adik Shami dan Adik Zaki daripada Kuala Lumpur. Sesi yang dikendalikan oleh Encik Chris Chew juga menjawab pelbagai soalan daripada ibu bapa terutama berkaitan keberkesanan serta faedah pembelajaran mental arithmetic yang membantu meningkatkan daya kosentrasi, daya keyakinan, daya ingatan dan daya imaginasi.

image

Kelas yang akan diadakan setiap Sabtu ini bermula 7 Februari akan dijalankan dalam empat sesi di mana setiap sesi memakan masa dua jam. Adalah diharapkan dengan kehadiran para ibu bapa dapat menyuntik semangat dan komitmen pelajar sepanjang mengikuti kursus asas tiga bulan ini. Pada peringkat pertama ini, sekolah yang terpilih adalah KAFA Awwabin Bestari Jaya, SRA Ijok, SRA Jaya Setia, SJK (C) Ijok dan SJK (T) Ladang Tuan Mee. Turut hadir Pengerusi UC MAS, pegawai daripada PDKS dan penghulu mukim. 

 

 image

image

image image
 
   

Kemaskini pada 2017-01-03 10:29:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page