Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Majlis Penyerahan Bayaran Skim Mesra Usia Emas



  

MAJLIS PENYERAHAN BAYARAN SKIM MESRA USIA EMAS

 

image
image

Ijok, 25 Jan – Seramai 21 orang waris kepada rakyat Selangor di kawasan Dewan Undangan Negeri Ijok yang telah meninggal dunia telah menerima sumbangan di bawah Skim Mesra Warga Emas masing-masing berjumlah RM2,500.00. Skim yang diperkenalkan mulai 1 Oktober 2008 lapan telah disumbangkan kepada 1,050 keluarga bernilai RM2.5 juta. Skim ini bukan sahaja tertumpu kepada sumbangan khairat kematian tetapi Kerajaan Negeri berhasrat untuk meluaskannya meliputi bantuan kos perubatan warga emas dan pembelajaran waris. Bantuan khairat kematian melibatkan anak Selangor yang berusia 60 tahun ke atas dan bantuan disampaikan kepada waris dalam masa 24 jam selepas kematian dengan bantuan sekurang-kurangnya RM1,000.00 dan bakinya akan disampaikan kemudian.
Y.A.B Dato’ Menteri Besar dalam ucapannya berterima kasih kepada pihak media yang mula membuat liputan kepada Kerajaan Negeri secara telus dan terbuka dan berharap agar usaha-usaha Merakyatkan Ekonomi Selangor dapat disebarluaskan di kalangan rakyat. Beliau juga berharap agar program-program melibatkan kebajikan dan pembangunan wanita, belia dan pendidikan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri sentiasa mendapat sokongan semua. Y.A.B. sempat beramah mesra bersama keluarga penerima dan masyarakat Tionghua di Pekan Ijok sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina selepas majlis tersebut.









 











 










 


 

 

image    image
image   image
   

Kemaskini pada 2013-10-24 11:34:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page