|
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Isnin, 09 Mac 2009 bersamaan 1430H - Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Stadium Malawati Shah Alam yang telah dihadiri oleh Kontinjen Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor seramai 45 orang.
Aktivti sempena Sambutan Maulidur Rasul dimulakan dengan perarakan yang diketuai oleh Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor diikuti oleh Exco-Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ketua-Ketua Jabatan Negeri Selangor termasuklah Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor bersama Kontinjen daripada Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor, Jabatan Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Swasta serta Sekolah-Sekolah di Negeri Selangor.
Program tersebut adalah sempena memperingati kelahiran junjungan Nabi Muhammad S.A.W sebagai utusan akhir zaman yang telah diutuskan oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya dimuka bumi ini dan menghayati segala sunnah dan akhlak Nabi Muhammad S.A.W sebagai Role Model akhir zaman. Sambutan Maulidur Rasul ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Program perarakan tersebut bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.
|
|
|
|
|
Kemaskini pada 2013-10-24 10:45:04 daripada Administrator