Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kuala Selangor



     

MAJLIS PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR 'MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASAKAN UMMAH'

Kuala Selangor , 13 Mac 2010 (Sabtu) -  Majlis Perarakan dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kuala Selangor ini adalah julung kali diadakan di Daerah Kuala Selangor. Kali terakhir diadakan adalah beberapa tahun yang lalu. Jawatankuasa penganjur bersama adalah Pejabat/Tanah Kuala Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah dan juga dianggotai oleh agensi-agensi di peringkat daerah seperti Majlis Daerah Kuala Selangor, Balai Polis Kuala Selangor, JKR Kuala Selangor, Pejabat Kesihatan  Daerah Kuala Selangor, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor, Pejabat Penerangan Kuala Selangor, TNB Kuala Selangor, SYABAS Kuala Selangor, Lembaga Zakat Selangor, JPAM Kuala Selangor dan Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor.

Perarakan disertai lebih 1,500 orang yang terdiri daripada agensi-agensi peringkat daerah, pusat-pusat penganjian tinggi, murid-muird sekolah KAFA dan juga penduduk-penduduk kampung. Perarakan turut disertai Ahli Parlimen Kuala Selangor, Yang Berhormat Dr. Dzulkefly bin Ahmad. Majlis diisi dengan perarakan pada awal pagi yang bermula di tapak letak kereta Masjid Jamek Sultan Ibrahim dan seterusnya melalui pekan Kuala Selangor dan seterusnya berakhir di hadapan Masjid. Acara seterusnya diisi dengan bacaan ayat suci Al-Qur'an, doa, Bacaan Rawi dan persembahan nasyid. Majlis disempurnakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur iaitu Pegawai Daerah Kuala Selangor, Tuan Haji Mohd Misri bin Hj. Idris.

Selepas itu, ceramah Sambutan Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Kamil bin Sidek (guru Agama SM Jeram). Majlis kemudiannya menjemput Orang Besar Daerah Kuala Selangor, YDH Dato' Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya, Dato' Haji Mohamad Yaakod bin Dato' Ismail menyampaikan canderahati penyertaan kepada kontinjen-kontinjen yang telah menyertai perarakan pada hari tersebut. Orang Besar Daerah juga dijemput untuk menyampaikan Anugerah Masjid Terbaik Daerah Kuala Selangor. Anugerah Masjid terbaik ini dikelolakan (diadili dan dipilih) oleh Pejabat Agama Islam Daerah sempena kempen dan sambutan bulan 'Imarah Masjid Negeri Selangor'. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

1.              Anugerah masjid Terbaik kategori 10 tahun ke atas

                         Johan

 Masjid Ar Rahmah,
 Batu 12, Sungai Burung,
 45500 Tanjong Karang, Selangor.

                        Naib Johan

 Masjid At Tuqa',
 Parit 1, Sungai Sireh,
 45500 Tanjong Karang, Selangor.

     
2.              Anugerah masjid Terbaik kategori 10 tahun kebawah

                         Johan

 Masjid Nurul Huda,
 Kampong Parit Mahang,
 45800 Jeram,                            

                        Naib Johan

 Masjid Jami'ul Barkat,
 Kampong Asama Jawa,              


image image image
image image image
image image image
 
 
     

Kemaskini pada 2013-10-24 08:58:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page