PERHIMPUNAN PAGI BULAN OGOS 2011
1. Mengenai bulan Ramadhan Al-Mubaraq iaitu bulan yang penuh Baraqah dimana segala pintu syurga akan dibuka untuk memperolehi kebaikan dan pengampunan dari allah S.W.T : - Didalam bulan Ramadhan juga terdapatnya Solat Terawih yang diadakan pada setiap malam. 2. Majlis Qhatam Al-Quran dan Tadarus anjuran Pejabat Daerah/ Tanah Kuala Selangor yang akan diadakan pada 23/8/2011 (Rabu) jam 8.00 pagi, bertempat di Tingkat 3, Bilik Gerakan , PDKS : - Tuan Pegawai Daerah menyarankan agar Khatam Al-Quran dapat diteruskan juga pada bulan-bulan berikutnya dan bukan sahaja hanya pada bulan Ramadhan. 3. Cuti berhari raya : - Tuan Pegawai Daerah berharap agar pegawai dan kakitangan PDKS dapat cuti secara bergilir-gilir agar pekhimatan yang ditawarkan di PDKS dapat dilaksanakan walaupun dalam keadaan cuti raya. Sebelum berakhirnya majlis perhimpunan pagi, pengerusi Majlis mengumumkan mengenai Program Bubur Lambuk secara percuma Anjuran Unit Pembangunan Luar Bandar (PLB) yang akan diadakan pada 25/8/2011 jam 3.30 petang. Semua warga kerja PDKS dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
|
Kemaskini pada 2013-10-23 18:52:37 daripada Administrator