PROGRAM JELAJAH PEMERKASAAN DESA SELANGOR 2011 BAGI DAERAH KUALA SELANGOR
Program diteruskan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Al-Fadil Ustaz Hashim Muhammad (Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Kuala Selangor). Kemudian YAB Tan Sri Dato Sri Abdul Khalid Bin Ibrahim, Dato Menteri Besar Selangor dijemput untuk menyampaikan amanat-amanat penting untuk dijadikan panduan yang terbaik di dalam Pemerkasaan Desa. Atucara majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato Sri Khalid Bin Ibrahim, Dato Menteri Besar Selangor bersama YB Exco yang diiringi oleh Tn. Hj Idzhar Rasidi, Ketua Pen. Peg. Daerah (Pembangunan Masyarakat). Sebelum Majlis bersurai, cenderahati dari Tn. Pegawai Daerah dan warga kerja PDKS telah disampaikan oleh Tn. Hj Idzahar Bin Rasidi (Ketua Penolong Pegawai Bahagian Pembangunan) kepada YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Dato Menteri Besar Selangor), YB Tn. Dr Hj Yaakob Bin Sapari (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor), YB Tn Dr Hjh Rodziah Bt Ismail (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor). Majlis tamat pada pukul 1.30 petang dan menjemput YAB Dato Menteri Besar, Ahli Exco dan para jemputan ke Majlis Jamuan Tengahari. |
Kemaskini pada 2013-10-23 18:40:54 daripada Administrator