Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

KEJOHANAN SUKAN PETANDA NEGERI SELANGOR 2009/2010


 

      KEJOHANAN SUKAN PETANDA NEGERI SELANGOR 2009/2010

KUALA SELANGOR : Pejabat Daerah/Tanah Negeri Selangor telah mengadakan Kejohanan Sukan Petanda Negeri Selangor(PETANDA) pada 29 hingga 31 januari 2010 dimana Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor telah diberi mandat untuk menganjurkan acara penutup sukan petanda iaitu acara bola sepak, bola jaring dan jamuan makan malam. 

  Acara bola sepak dan bola jaring diadakan selama 3 hari.Lokasi kejohanan bagi acara bola sepak berlangsung distadium utama Kuala Selangor, SMK Pengkalan Permatang, Padang bola sepak Bandar Baru. Manakala bagi acara bola jaring DAN jamuan makan malam diadakan distadium tertutup Kuala Selangor.Jamuan makan malam telah dirasmikan dengan jayanya oleh YB Dato' Ramli Bin Mahmud iaitu setiausaha kerajaan Negeri Selangor.

  Juara keseluruhan bagi sukan petanda 2009 telah dinobatkan kepada Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat yang memungut mata sebanyak 30. Tempat kedua dinobatkan kepada Pejabat Daerah/Tanah Gombak yang memungut mata sebanyak  22. Tempat ketiga dinobatkan kepada Pejabat Daerah/Tanak Klang yg memungut mata sebanyak 17.Seterusnya, tempat keempat ialah Pejabat Daerah/Tanah Petaling Jaya yang mempunyai 17 mata, tempat kelima ialah Hulu Selangor yang mempunyai 16 mata, tempat keenam ialah Sabak Bernam yang mempunyai 16 mata, Tempat ketujuh ialah Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor yang mempunyai 7 mata, tempat kelapan ialah Hulu Langat yang mempunyai 3 mata dan yang terakhir sekali iaitu tempat kesembilan ialah Sepang yang mempunyai 2 mata.

  Jamuan makan malam juga menjemput penghibur popular iaitu Am( Raja Lawak ) dan Rini(Akademi Fantasia 7). Jamuan ini berakhir pada jam 11.00 malam.

 

image image
image image
image image
image image
      

Kemaskini pada 2016-11-11 17:18:28 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page