Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Latar Belakang Puspanita


Latar Belakang II Tujuan Penubuhan II Misi, Objektif & Fokus II Perlembagaan II Logo II Lagu II Ahli Jawatankuasa INDUK II 
Borang Keahlian II Mesyuarat AGONG II Berita PUSPANITA II Hubungi Kami
 
            

LATAR BELAKANG PUSPANITA

 

PUSPANITA kebangsaan telah ditubuhkan dan dengan rasminya dilancarkan pada 1 Mac 1983 oleh Y. Bhg. Puan Sri Datin Zawiah binti Haji Yacob, isteri bekas Ketua Setiausaha Negara. Beliau adalah Yang Dipertua PUSPANITA pertama. Penubuhan PUSPANITA adalah cetusan idea Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd. Ali, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia (Tun Dr. Mahathir Mohamad) pada tahun 1982.

 

PUSPANITA adalah singkatan kepada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia. Ibu pejabat PUSPANITA Kebangsaan terletak Rumah PUSPANITA Jalan Hose, Kuala Lumpur. Selain itu, terdapat cawangan PUSPANITA Kebangsaan di Putrajaya iaitu PUSPANITAPURI.

 

PUSPANITA juga ditubuhkan bagi menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi Program Jangka Panjang di dalam pelbagai bidang, seperti Kepenggunaan, Pembangunan Keluarga, ICT, Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan, Keterampilan Diri, Hiasan dan Lanskap, melalui ceramah-ceramah bengkel, seminar dan kursus.

 

PUSPANITA juga menguruskan Tabung Latihan PUSPANITA untuk memberi peluang kemasukkan ke beberapa pusat pengajian seperti Politeknik, Kolej dan universiti bagi menampung sebahagian dari kos pembelajaran pelajar-pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran.

 

Selain dari itu, PUSPANITA juga mengadakan Tabung PUSPADARA untuk memberi pendedahan tentang penyakit kanser, satu-satunya penyakit yang mengancam nyawa kaum wanita di negara ini.

 

Isteri Y.A.B Perdana Menteri adalah Penaung, Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara adalah Penasihat dan isteri Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara adalah Yang DiPertua kepada Persatuan ini.

                     

Kemaskini pada 2017-12-20 08:57:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page