Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Tiga khemah peniaga ranap dibadai ribut

Wartawan Sinar Online II  09 NOVEMBER 2020

 
       

TANJONG KARANG - Tiga daripada empat khemah peniaga di Pekan Tanjong Karang, di sini ranap diterbangkan angin dalam kejadian hujan lebat dan ribut awal pagi tadi.


Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu mengakibatkan khemah peniaga rosak teruk hingga ada di antaranya tersangkut pada tiang elektrik dan diterbangkan angin sejauh 30 meter.

Seorang peniaga masakan panas, Normah Osman, 59, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas seorang jirannya yang baru pulang dari klinik ternampak khemah jualannya diterbangkan ribut.


 

"Jiran yang ternampak kejadian itu terus datang ke rumah memaklumkan kepada saya dan kebetulan pada masa kejadian, kami sekeluarga sedang sibuk mengalihkan barangan selepas bumbung ruang tamu rumah tercabut akibat hujan dan angin kuat," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.


Sebuah khemah peniaga di Pekan Tanjong Karang ranap diterbangkan angin dalam kejadian hujan lebat dan ribut awal pagi tadi.
Normah yang berniaga di tapak itu sejak 10 tahun lalu berkata, dia dan ahli keluarganya kemudian bergegas ke tempat kejadian dan terkejut apabila mendapati khemah sudah tersangkut pada tiang elektrik.

"Luluh hati melihat barangan jualan rosak dan khemah saya tercampak jauh," katanya yang mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM2,000.


 
Seorang peniaga nasi ayam panggang, Zulhazwan Zulkamal, 26, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi pemilik tapak perniagaan.


Luluh hati Zulhazwan selepas khemahnya dibadai ribut dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Tanjong Karang awal pagi tadi.
Katanya, kebanyakan barangan perniagaannya rosak akibat kejadian terbabit dengan anggaran kerugian kira-kira RM3,500.

"Saya sudah membuat laporan polis di Balai Polis Tanjong Karang pagi tadi," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/109322/EDISI/Selangor-KL/Tiga-khemah-peniaga-ranap-dibadai-ribut
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 


Kemaskini pada 2020-11-09 15:11:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page