Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Pertimbang sistem awalan banjir menerusi telefon pintar Artikel Penuh

Wartawan Sinar Online II  14 SEPTEMBER 2020

 
       

KUALA LUMPUR - Sistem amaran awal banjir menerusi aplikasi telefon pintar boleh dipertimbangkan untuk digunakan dalam mendepani isu banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur.


Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, walaupun sistem tersebut tidak boleh mengelakkan banjir kilat, namun ia dapat membantu pengguna mengelakkan diri daripada terperangkap di lokasi terbabit.

 

Menurutnya, sebanyak 50 lokasi hotspot banjir di Kuala Lumpur termasuk di Kampung Periuk Kampung Bharu dicadangkan sesuai untuk menggunakan sistem tersebut.


“Ada yang menyifatkan ‘early warning system’ (sistem amaran awal) ini tidak akan mencegah banjir, itu bukan apa yang saya maksudkan.

 

"Di Jepun, apabila ada gempa bumi, siren akan dibunyikan dan selepas itu gempa bumi tetap berlaku, ia tak boleh nak dihentikan. Tetapi sekurang-kurangnya orang tempatan boleh buat persiapan," katanya yang ditemui di Program Pengindahan Taman Awam Bukit Kiara di sini hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Annuar tunggu laporan penuh banjir kilat landa ibu kota

 

Annuar berkata, sistem tersebut boleh dijadikan panduan pengguna khususnya pemandu merancang perjalanan ketika musim hujan.

 

"Kalau hujan berterusan lebih sejam tidak berlaku di pusat bandar Kuala Lumpur tetapi di Gombak, kita tahu keadaan itu akan menyebabkan sungai akan 'membengkak' dan menyebabkan limpahan sungai dan beberapa kawasan akan dinaiki air.

 

"Aplikasi itu nanti boleh memberi maklumat tersebut dan boleh mengesyorkan kepada pemandu untuk mengelak dari melalui jalan itu," katanya.

 

Dalam perkembangan sama, beliau turut bersetuju cadangan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) untuk menambah kolam takungan banjir sebagai salah satu langkah penyelesaian banjir.

 

Annuar tidak menafikan keadaan longkang di sekitar Kuala Lumpur dipenuhi mendapan sebagai salah satu punca banjir.

 

"Itu adalah salah satu fakta yang semua orang boleh nampak. Kita faham Kuala Lumpur terlalu banyak kerja pembinaan termasuk MRT, terowong, kediaman dan macam-macam lagi.

 

"Kita akan tingkatkan lagi pengawasan supaya tiada ada yang melanggar peraturan yang menyebabkan saliran tersumbat.

 

"Jika ada undang-undang semasa tidak memadai kerana sudah digunakan lebih 10 tahun, undang-undang itu boleh disemak semula supaya semua ambil berat, patuh peraturan itu," katanya.

 

Dalam kejadian Khamis lalu, beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur; antaranya Masjid Jamek, Lebuh Ampang, Kampung Bharu dan Lorong Air Lelah dinaiki air setinggi satu hingga tiga meter kesan hujan lebat berterusan.

 

Susulan itu, Annuar ketika lawatan ke lokasi kejadian pada hari sama memaklumkan akan menunggu laporan penuh untuk mengetahui punca kejadian bagi membolehkan pelan jangka masa panjang dibuat.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/100987/EDISI/Selangor-KL/Pertimbang-sistem-awalan-banjir-menerusi-telefon-pintar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Kemaskini pada 2020-09-14 11:31:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page