Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Bekalan air Wilayah Klang pulih sepenuhnya

Wartawan Sinar Online II  13 JANUARI 2020

 
       

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air sementara berlaku di Wilayah Klang berikutan masalah bekalan kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1, 2 dan 3 yang berlaku semalam, pulih sepenuhnya hari ini.

 

Ketua Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Halem Mat Som berkata, pemantauan pada sistem agihan mendapati bekalan air di kawasan berkenaan pulih pada jam 7 pagi tadi.

 

Bagaimanapun menurutnya, bekalan air di Bukit Kerayong, Wilayah Kuala Selangor masih dalam proses pemulihan disebabkan kedudukan di penghujung kawasan agihan.

 

"Kawasan (Bukit Kerayong) ini dijangka pulih sepenuhnya pada jam 3 petang ini," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

 

Abdul Halem berkata, pihaknya sedang melakukan segala usaha bagi mempercepatkan proses pemulihan di kawasan yang masih belum pulih sepenuhnya.

 

Pengguna yang ingin mendapatkan perkembangan terkini berhubung gangguan ini boleh terus rujuk aplikasi telefon pintar Air Selangor atau platform media sosial Air Selangor seperti Facebook, Instagram dan Twitter Air Selangor atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 


Kemaskini pada 2020-01-13 10:04:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page