Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Kompleks Sukan Kuala Selangor

 


 

 

       

Stadium ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Seri ( Dr ) Mahathir Bin Mohamed. Stadium yang boleh memuatkan sehingga 10,000 orang penonton ini telah menerima tetamu yang pertama iaitu Kejohanan SUKSES ke 111 di mana Kuala Selangor diberi peluang untuk menjadi tuan rumah. Kompleks sukan ini merupakan kompleks sukan yang pertama dibina di Kuala Selangor dengan menelan belanja RM 24 juta.

Ianya terletak di Bandar Malawati, Kuala Selangor di dalam kawasan seluas 40 ekar. Kompleks ini telah pun siap fasa pertamanya yang meliputi, Stadium Utama ( terbuka boleh dijadikan Padang Bola Sepak, Ragbi, Ballapan ) dan Stadium Tertutup ( boleh digunakan sebagai Gelanggang Bola Tampar, Sepak Takraw, Badminton, Bola Jaring, Ping pong dan permainan "indoor" )  dan apabila dibangunkan sepenuhnya ia akan mempunyai kolam renang, asrama kediaman, dan veledrom. Stadium utama meliputi kawasan seluas 20 ekar termasuk kemudahan tempat letak kereta. Kos keseluruhan pembinaan kompleks ini dianggarkan bernilai RM 40 juta. Objektif utama pembinaan kompleks ini adalah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk bergiat aktif dalam bidang sukan dan demikian akan lahirlah masyarakat yang sihat dan cergas.

Sekiranya ingin membuat tempahan sila hubungi Majlis Daerah Kuala Selangor di talian : 03-32891439

                    

Kemaskini pada 2019-02-25 14:56:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page