A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Rasmi PDT Kuala Selangor Kelab Golf Diraja Kampung Kuantan
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Kelab Golf Diraja Kampung Kuantan

 


 

 

                  

Kembali ke tradisi di Kelab Golf Diraja Kampung Kuantan( RKKGC )

 

imageimage

Inginkan kelainan dan cabaran? Kelab Golf Diraja Kampung Kuantan (RKKGC) mempunyai sesuatu yang berbeza untuk peminat-peminat golf.

Terletak di ketenangan persekitaran luar bandar dan jauh dari hiruk pikuk kota, bermain di RKKGC bermakna para pemain akan kembali ke tradisi golf.

RKKGC menawarkan permainan golf yang sebenar kerana ia satu-satunya lapangan golf yang memerlukan pemain berjalan kaki.

Terletak di daerah Kuala Selangor, kelab golf ini merupakan yang tertua di Selangor dan antara yang pertama dibina di negara ini.

Dibina oleh peladang-peladang British pada tahun 1910, lapangan sembilan lubang sejauh 2,771 meter par 35 ini telah menjalani pelbagai perubahan.


Tetapi ia kekal mencabar termasuk greennya yang sukar ditawan terutama oleh pemain berhandikap tinggi.

Walaupun lapangan ini boleh dianggap landai tetapi tidak bermakna ia senang dikuasai terutama par 3 lubang empat sejauh 199 meter yang merupakan lubang ?signature? RKKGC.

Greennya yang kecil dengan kedudukan lebih tinggi sering mengelirukan pemain terutama mereka yang bercita-cita besar.

Walaupun dikatakan agak jauh dari ibu negara iaitu 60 kilometer, tetapi ia sebenarnya hanya 45 minit dari Kuala Lumpur sama ada menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan melalui Sungai Buluh atau lebuh raya baru Guthrie dari Shah Alam.

Selain pernah diundi sebagai lapangan sembilan lubang yang terbaik di negara ini, RKKGC juga mempunyai keahlian bersekutu dengan 31 kelab golf di seluruh negara untuk dinikmati oleh ahli-ahlinya.

Disamping terbuka kepada pemain-pemain yang bukan ahli, RKKGC juga sedang giat menjalankan promosi keahlian baru dengan kadar yang cukup menarik.

Menurut Presiden RKKGC, Redwan Abdullah, melalui promosi hingga hujung Jun itu, yuran keahlian yang ditawarkan ialah RM2,500 untuk lelaki dan RM1,200 untuk wanita. Ia merupakan yuran seumur hidup.

Selain itu ia juga menawarkan keahlian bermusim selain kemudahan pembayaran secara ansuran untuk mereka yang berminat.

Mereka yang berminat boleh menghubungi RKKGC di alamat Jalan Kelab, Bukit Rotan, Kuala Selangor atau telefon 03-3289 1069 dan faksimile 03-3289 4178.

 
              

Kemaskini pada 2019-02-25 15:59:53 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page