Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Tiga premis jual arak disita

Wartawan Sinar Online II  09 OKTOBER 2019

 
       

KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menyita tiga premis jual arak atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu minuman keras di Bestari Jaya pada 19 September lalu.


Yang Dipertua MDKS, Rahilah Rahmat berkata, premis terbabit didapati melakukan kesalahan menjual minuman keras yang belum diluluskan kastam selain tidak mempamerkan notis 'meminum arak boleh membahayakan kesihatan' dan menjalankan perniagaan tanpa lesen.

 

"Jumlah keseluruhan sitaan pada operasi bersepadu ini merangkumi 173.04 liter arak pelbagai jenama dan harga dengan nilai sitaan berjumlah RM1,848.86 manakala nilai duti kastam yang terlibat berjumlah RM3,981.46," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Rahilah berkata, notis memberhentikan perniagaan turut dikeluarkan kepada tiga premis terlibat.

 

Katanya, sebanyak 80 botol minuman keras pelbagai jenama disita mengikut kesalahan Peraturan 361, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 terhadap piawaian am bagi minuman beralkohol boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara dua tahun.

 

"Sebanyak 524 botol minuman keras pelbagai jenama disita dengan tiga kompaun kepada tiga premis di bawah kesalahan Undang-Undang Kecil 3, Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDKS) 2007," katanya.

 

Katanya, seorang individu yang terbabit dalam kesalahan itu ditahan mengikut Seksyen135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

 

"Jika disabit kesalahan pesalah akan didenda tidak kurang dari 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM100,000 mengikut mana-mana amaun lebih besar dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai amaun duti kastam atau RM500,000 mengikut mana-mana amaun lebih besar atau pun penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

 


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/51099/EDISI/Selangor-KL/Tiga-premis-jual-arak-disita
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Kemaskini pada 2019-10-09 10:17:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page