Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Hujan dan ribut petir landa KL, Selangor hingga Sabtu

Wartawan Sinar Online II  16 OGOS 2019

 
       

KUALA LUMPUR - Cuaca di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal hujan dan ribut petir sehingga Sabtu ini.

 

Menerusi maklumat di laman sesawang rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), hujan dan ribut petir diramal berlaku sama ada waktu pagi dan petang di Sabak Bernam, Kuala Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Hulu Langat dan Sepang.

 

Bagaimanapun, tiada hujan diramal berlaku pada waktu malam di kawasan tersebut.

 

Di Sabak Bernam, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang dan Klang hujan dan ribut petir dijangka melanda waktu pagi.

 

Bagi kawasan Gombak, Hulu Selangor dan Hulu Langat pula hujan dan ribut petir diramal pada waktu petang.

 

Kawasan Petaling dijangka tidak mengalami hujan hingga Rabu depan.

 

Di Kuala Lumpur pula hujan dan ribut petir diramal di satu dua tempat pada petang Sabtu manakala cuaca dijangka baik esok.

 

Bagi kawasan Putrajaya, hujan dan ribut petir dijangka pada waktu pagi dari esok hingga lusa manakala cuaca diramal baik dari Ahad hingga Rabu ini.

 


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/43075/EDISI/Selangor-KL/Hujan-dan-ribut-petir-landa-KL-Selangor-hingga-Sabtu
 


Kemaskini pada 2019-08-16 11:15:01 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page