Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Belukar 0.4 hektar terbakar

Wartawan Sinar Online II  16 OGOS 2019

 
       

KUALA SELANGOR -Tindakan individu membakar sampah terbuka menyebabkan belukar seluas 0.4 hektar yang terletak berhadapan sebuah sekolah asrama di Pasir Penambang di sini terbakar semalam.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Mohd Faisal Jumari berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.17 petang sebelum pasukannya diketuai Komander Operasi, Ahmad Rozali Jaimi bersama anggotanya dikejarkan ke lokasi kejadian.

 

"Kebakaran dipercayai baru berlaku memandangkan api tidak terlalu marak semasa kerja pemadaman dilakukan," katanya.

 

Katanya, pihaknya mengambil masa kira-kira 13 minit bagi memadam kebakaran berkenaan.

 

"Operasi pemadaman sepenuhnya tamat pada jam 6.37 petang dan tiada mangsa terbabit dalam kebakaran ini," katanya.

 

Beliau memberitahu, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka terutama di tempat awam, premis dan kediaman.

 

“Dalam cuaca panas, kebakaran kecil boleh mengundang kepada bencana kerana api cepat merebak,” katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/43078/EDISI/Selangor-KL/Belukar-04-hektar-terbakar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 


Kemaskini pada 2019-08-16 11:07:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page