Maklumbalas II Hubungi Kami || Soalan Lazim (FAQ) || Peta Laman || Kajian Kepuasan Pelanggan

Imbas QR Kod bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan mobil
 [ x ]

qr

Kami Ingin Mendengar Pendapat Anda...

klik untuk sertai kami >>


Kalender PDTKS

w3c logo
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
 jata  jata2  new_title_6

BERITA : Mangsa buli: Ibu dakwa punca anak hilang

Wartawan Sinar Online II  11 JULAI  2019

 
       

KUALA SELANGOR - Ibu kepada pelajar cemerlang yang dilaporkan hilang pagi tadi mendedahkan terdapat kemungkinan anaknya yang bakal menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama di daerah ini.


Bagaimanapun, Ahmad Fitri Mohammad Shaffie, 15, ditemui di sebuah pasar raya di USJ, Subang Jaya kira-kira jam 3.30 petang hari sama selepas menghubungi ibunya, Mardiana Ismail, 58.

 

Mardiana Ismail, 58, berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu sebelum ini mengadu tidak tahan dibuli rakannya dan enggan pulang ke asrama, Ahad lalu.

 

"Saya tidak menolak kemungkinan perbuatan buli di sekolah menjadi punca Ahmad Fitri bertindak melarikan diri dari rumah," katanya.

 

Menurut Mardiana, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah untuk tindakan lanjut.

 

"Pihak sekolah berjanji akan menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku kes buli berkenaan," katanya.

 

Mardiana yang juga pesara guru sebuah sekolah menengah berkata, anaknya itu terpaksa 'dicutikan' sementara di sekolah itu sehingga emosi Ahmad Fitri kembali stabil.

 

"Kita berharap kes ini dapat diselesaikan dan dia dapat kembali ke sekolah," katanya.

 

Katanya, dia bersyukur kerana Ahmad Fitri selamat ditemui dan kembali ke pangkuan keluarga.

 

"Ahmad Fitri menghubungi saya semasa berada di sebuah pasar raya di USJ dan ketika itu saya meminta kakak dan abang kepada Ahmad Fitri mengambilnya di sana.

 

"Ketika ini (jam 7.40 petang) saya dalam perjalanan membawanya pulang ke rumah kami di Kuala Selangor," katanya.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar cemerlang lari dari rumah

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang pelajar cemerlang sebuah sekolah berasrama di Kuala Selangor menghilangkan diri di rumah keluarganya di Pekan Kuala Selangor di sini pagi tadi.

Kehilangan Ahmad Fitri disedari Mardiana ketika ingin menunaikan solat Subuh kira-kira jam 6.30 pagi.
 


Kemaskini pada 2019-07-05 09:47:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

  footer

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR,

45000 Kuala Selangor

Telefon : 03-32891010 II Fax : 03-32892145 II E-mel : ksel@selangor.gov.my

:: HAK CIPTA TERPELIHARA © 2018 PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA SELANGOR ::

Paparan terbaik menggunakan: IE9 ke atas/
Firefox 11 ke atas /Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hak Cipta |

Mengenai Kami | Bantuan | W3C | Penafian

iso

Certified to ISO 9001: 2008


Certified to ISO 9001:2008