Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Caj parkir Minta kaji semula kontrak

Wartawan Sinar Online II  11 JUN 2019

 
       

KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) diminta mengkaji semula kontrak perjanjian terhadap pelaksanaan caj parkir di daerah ini, susulan bantahan dibangkitkan penduduk termasuk wakil rakyat.

 

ADUN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli menjelaskan, pihaknya turut mengadakan pertemuan bersama pengurusan tertinggi MDKS berhubung isu bantahan caj parkir terbabit. “Hasil pertemuan, Yang Dipertua MDKS juga bersetuju untuk berbincang dengan pihak kontraktor bagi mempertimbangkan perkara itu.

 

“Saya difahamkan, MDKS terikat dengan kontrak yang ditandatangani pada 26 April 1999 lalu berkaitan pelaksanaan caj bayaran parking di daerah ini."Ini kerana perjanjian selama 20 tahun ini sudah ditandatangani sebelum 2008 lagi,” katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas perbincangan dengan Yang Dipertua MDKS, Rahilah Rahmat bersama Ahli Majlis MDKS dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Maskor Tumiran.

 

Juwairiya yang juga Ketua PKR Cabang Kuala Selangor berkata, hanya MDKS dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) sahaja yang masih belum melaksanakannya lagi berbanding PBT lain di negeri ini.

 

"Difahamkan juga, semua PBT di Selangor turut menandatangani kontrak kutipan parkir selama 20 tahun. “Pihak MDKS juga ada menyebut bahawa tempoh dua bulan iaitu Jun sehingga Julai ini adalah untuk mendidik dan makluman kepada penduduk setempat terhadap pelaksanaan caj itu.

 

“Dalam tempoh itu, penduduk tidak akan dikenakan denda,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini. Jelasnya lagi, dalam pertemuan itu turut membincangkan supaya pelaksanaan caj tempat letak kereta berbayar dapat dilanjutkan pada tarikh yang lebih sesuai.

 

“Selain itu, kami turut memohon MDKS supaya mengurangkan kadar caj dari 50 sen kepada 30 sen atau 40 sen sejam. “Dua perkara ini ditekankan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan,” katanya.

 

Juwairiya juga tidak menafikan kebiasaannya perjanjian caj parkir antara PBT dan syarikat tidak meletakkan ‘klausa’ bagi mulakan kerja pada tarikh yang ditetapkan.

 

“Bagi saya, lebih baik cadangan ini dilaksanakan selepas MDKS mencapai taraf perbandaran dan pastinya rakyat faham terhadap keperluan kadar caj terbabit.

 

“Sebab itu, kena lihat semula kadar bagi pelaksanaan buat pertama kali bersesuaian dengan keupayaan penduduk setempat,” katanya.

 

Terdahulu, pengumuman pelaksanaan tempat letak kereta berbayar yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai nanti dibantah penduduk termasuk Puncak Alam dan Saujana Utama.

 

Pengerusi Permuafakatan Persatuan Penduduk Puncak Alam (4PA), Mohd Hanif MD Sultan memohon supaya pelaksanaan caj parkir terbabit ditangguhkan.

 

Menurutnya, penduduk mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) meneliti terlebih dahulu beberapa isu yang sebelum ini masih gagal diselesaikan.

 

“Sebelum ini penduduk sudah bangkitkan beberapa isu termasuk kualiti perkhidmatan pembersihan yang kurang memuaskan.

 

“Selain itu, kemudahan prasarana di Puncak Alam masih belum sempurna seperti tiada balai polis, balai bomba dan institusi perbankan. “Malah masih tiada pejabat agensi kerajaan dan agensi penyedia utiliti diwujudkan lagi,” katanya.

 

 


Kemaskini pada 2019-06-11 14:28:25 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page